Kepadamu MPP

Banyak universiti seluruh Malaysia yang dah menjalankan pilihanraya kampus untuk memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar @ Mahasiswa (MPP or MPM)

Biasanya, penyertaan untuk menjadi calon ramai sebab banyak pelajar yang merasakan diri mereka dapat buat perubahan ala2 Barack Obama "In changes we trust". Tapi sejauh mana tanggungjawab ni dijalankan atau sekadar apa yang orang Melayu katakan syok sendiri.

Kita lihat masalah2 yang berlaku dari kacamata seorang pelajar marhaenis ;

1) Adakah MPP menyampaikan suara pelajar ke peringkat atasan ataupun menyampaikan pendapat sendiri (perkara yang sama berlaku pada peringkat lebih tinggi, tapi tak perlu kita sentuh).

Kebanyakan pelajar biasanya tak terlibat secara langsung dalam pentadbiran universiti kerana biasanya MPP akan menyampaikan suara yang mana, pelajar kadang-kala ada penambahbaikan ataupun bantahan terhadap sesuatu keputusan.

Aktiviti MPP bersama pelajar jarang dilakukan. Kalau kita minta, mungkin alasan mereka student tak ramai akan involve. Bukan permasalahan student involve atau tak, tapi perkara utama adalah komitmen sebagai seorang pemimpin.

Apa2 pun, pujian haru s diberikan kepada barisan MPP 08/09 UM yang mana ketika aku menuntut di situ, program untuk bertemu pelajar diadakan.




2) MPP tak menjadi suara kepada pelajar sebaliknya kepada universiti

Kita lihat, adakah sebagai pelajar, kita mengharapkan excuse tentang kekangan untuk melakukan itu ini daripada MPP bila kita nyatakan aduan?

Apa yang kita nak adalah penyelesaian, the MPPs suppose to be on our side. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, kalau kita minta perkhidmatan bas yang lebih kerap di dalam kampus, sepatutnya, pihak MPP akan cuba untuk mendapatkannya daripada pihak universiti. Tapi senario yang kita lihat, alasan tentang kekurangan bas dan pemandu yang menjadi hidangan mata kita. Sepatutnya mereka mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah bukan sekadar mempertahankan sebab masalah berkenaan berlaku.

3) MPP yang tak cukup masa

Yang ni yang aku agak panas. Kadang2, kalau ada program universiti, bukan MPP je aku nak sentuh tapi AJK jugak. Bila student buat hal (ie; datang lambat) nanti mulalah keluar ayat, "kami ada banyak lagi beda nak buat, tapi uruskan jugak kamu. Dengan nak study, latihan sukan bla bla bla". Cuba fikirkan balik, kalu tak bersedia terima tanggungjawab jangan ambik in the first place. Bak kata dalam filem Spiderman(kot), Great power comes with great responsibility.

4) Waktu pegang jawatan tak nak buat perubahan, dah pencen baru terfikir


Yang ni pun masalah yang kerap berlaku.

Contoh aku mudah, bayangkan ada masalah kerosakan jalan(ie; lopak), benda tu dah ada sejak bertahun lamanya, tapi, bila dah pencen baru keluar statement, "saya berharap pihak yang memegang tanggungjawab dapat memperbaiki masalah ini",

Yang tu je la apa yang aku nak cakap. Dan contoh yang diambil ni bukanlah refleksi kepada mana2 pihak. Harap maaf kalau ada yang terasa. Bagi yang baru dilantik sebagai MPP, tahniah kerana anda telah berjaya memikul tanggungjawab. Tunggu tahniah kali kedua tahun depan kalau anda dapat melaksanakan tanggungjawab.

6 comments:

faridajir said...

gud insighting kucai..

kudos2.. hope u guys MPP in the IPTA dont back out us MPP in the IPTS..

i felt the double standards.. hahahhaha

Ahmad Muhammad said...

Bro, bila aku baca blog ko ni, lebih kepada meluah perasaan je. Sebelum tu aku nak tanya, ko ni student biasa ke MPP?

Bagus untuk kita suarakan pandangan, tapi kita fikir sejenak, jika kita di peringkat umum, mudah untuk nampak kesilapan orang lain. Sebab mudah, kita tak berada di situasi mereka.

1. Pasal MPP bertemu pelajar tu, mungkin orang seperti anda akan menyertai majlis tersebut. Tetapi secara realiti dan kolektifnya, berapa banyak yang benar2 kisah tentang aktiviti sebegini?

2.Ko cakap berdasarkan fakta ataupun perasaan? Pernah ko tanye MPP ko tu macam mana proses nak dapatkan perkhidmatan tu? Simply because we just only know to complain.

3. Ko MPP ke? Penah jadi MPP? MPP tu pun manusia biasa gak, macam ko. Banyak kekurangan. Macam2 kerenah nak dilayan, hal pentadbiran yang xsudah2, pelajar yang hanya tau komplen tapi tak tau hargai.

4. Apa yang ko harapkan dengan hanya setahun memegang jawatan MPP boleh buat semua perubahan? Staf pentadbiran yang bertahun2 kerja pun, diorang kene ikut cakap bos jugak, inikan pulak MPP yang rata-rata memegang jawatan hanya satu penggal. Apalah sangat yang diorang boleh buat?

5. Aku sarankan ko bertanding untuk penggal depan. Kita lihat, adakah mudah dilaksanakan daripada kata-kata yang mudah ditutur. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Aku bukan memihak kepada sesiapa. Aku tau macam mana susah jadi MPP. Jangan mudah sangat kita nak menyalahkan sesuatu tanpa tau asal-usul. Aku sarankan ko patut berikan data dan sumber yang tepat, bukan hanya bercakap mengikut hati dan perasaan. No offense. Good writing yet you have to be more critical instead of making any generalization without any proof.

Qusyairi Hashim said...

Farid : mungkin byk program prlu kita adakan antara IPTA and IPTS.


Ahmad Muhammad : good comment. a comment that i am looking forward to answer.
MPP bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar dan pelajar tak ada apa2 obligasi untuk jaga kebajikan MPP. aku undi untuk dijaga dan bukan menjaga.

Dan ayat2 spt "kau tau susah jd MPP", aku dah jawab awal2, kalau rasa tak mampu, jangan ambil tanggungjawab. Bab untuk dapatkan kemudahan, kalau setakat perkara basic dalam kampus aku rasa tak susah sangat.

Hatta, bekas MPP kat UIAM berjaya utk mohon kepada kementerian utk pengurang tiket bas utk mahasiswa.
MPP lain yang berjuang utk ubah akta universiti dan kolej universiti (AUKU) mampu lakukannya.
Jadi aku tak nampak (it does not meant that i am ignorant) apa permasalahan untuk melaksanakan permintaan2 kecil dalam kampus.

Aku memang bukan MPP, tapi aku lebih selesa memerhati, bukan kerana tak sanggup utk pegang tanggungjawab, tapi kadang2,ada seseorang perlu memerhati rather than leading.

Dan satu soalan, adakah saudara seorang MPP?

Ahmad Muhammad said...

Aku bekas MPP dan mempunyai rakan yg sedang berkhidmat sebagai MPP.

Senang cerita bro, kita tak semestinya kena jadi MPP untuk berkhidmat. Jadi mahasiswa yang cakna pun boleh berkhidmat juga. Kita kena ubah mind setting sebagai mahasiswa bukan belajar semata2. universiti merupakan pintu gerbang untuk kehidupan selepas kita begraduasi kelak.

Untuk menjadi pengkritik yang baik, kita perlu juga take a role and it's not necessarily we have to be someone or having a position. Macam aku cakap tadi, kita harus cakna, bukan sahaja mampu berkata2 tetapi mengalami sendiri apa perkara sebenar yang berlaku.

Khairi Jamaluddin pun sanggup turun padang jadi pemandu teksi untuk tau keadaan masyarakat. sekurang2nya, dalam konteks ni, kita tak mampu nak jadi MPP pun, berkawanlah dengan MPP. kemudian kita selami dan analisa apa yang mereka buat dan katakan agar kita lebih faham peranan mereka. Mungkin ko tak tau macam mana proses berurusan dengan pentadbiran yang terlalu banyak karenah birokrasi.

Bagi anda mungkin permintaan yang anda maksudkan kecil. Tapi sekecil2 perkaralah yang sering dipandang enteng oleh pihak pengurusan yang menyebabkan MPP naik jemu dengan karenah birokrasi yang tidak berkesudahan.

Ingin saya tegaskan, satu penggal tidak memadai untuk melakukan satu perubahan yang besar. MPP juga pelajar seperti anda. Kalau bukan mereka yg menjadi MPP siapa lagi? Anda? Anda pun tak mahu bukan? Anda juga yang memilih untuk memerhati daripada anda sendiri yang berada di atas arena kepimpinan mahasiswa ini.

Lidah memang mudah untuk berkata-kata. Tangan bebas untuk menulis segala wacana, tetapi kebenaran hanya terserlah dan lebih dipandang dengan kita sendiri yang MELAKUKANNYA.

Anda sendiri menyatakan, 'tak susah sangat'. Macam mana anda boleh kata tak susah sedangkan anda tidak pernah menjadi MPP. Think about it.

Soalnya sekarang, soal kecaknaan dan kepedulian mahasiswa itu sendiri. Sama ada mereka menjadi ejen perubahan atau hanya sekadar duduk, hanya omong2 kosong sahaja. Sekurang2nya MPP inilah yang berani menyahut cabaran walaupun mereka mempunyai kelompangan dari segi masa, tenaga dan tanggungjawab. Sekurang2nya, mereka adalah ejen penggerak dan perubahan dalam arena kepedulian dan kecaknaan sebagai seorang mahasiswa.

Aku menulis atas dasar untuk mengeluarkan sesuatu kata2, kita seharusnya memerhati dari segala aspek, bukan hanya melihat dari satu perspektif. Perspektif kita mungkin berbeza, tetapi kita harus melihat dengan mata hati (heart eyes) atau mata kritikal (critical eyes) agar kita tidak sewenang2nya menyalahkan sesuatu pihak tanpa pembelaan yang sewajarnya. Wallahu'alam.

thaki said...

salam, saudara mmg lantang dalam berkata kata, saya sokong ahmad muhammad, penahkah saudara dalam mpp?? penah saudara kene hentam ngan pihak atasan,?? penah saudara rasa karenah birokrasi dari pihak atasan? saudara tahu hanya keputusan selepas itu. usaha yang dilakuakn? adakah saudara nampak? bukan senang untuk jadi Majlis perwakilan pelajar,mereka macam kita, mereka juga berurusan ngan manusia. bila berurusan ngan manusia macam macam kita akan jumpa. terima kasih kerana mengkritik.

Qusyairi Hashim said...

Saudara Ahmad lebih bertindak defensif. Cuba utk mengatakan, setiap kegagalan atau ketidakberjayaan itu ada alasan. utk pemahaman bagaimana seorng pemimpin prlu bertindak (dr perspektif org bawah) cuba kita ambil conth Tun Mahathir, kalau brlaku masalah, dia x pernah bg alasan masalah tu x dpt d selesaikan, sblknya, berusaha utk pulihkan permasalahan terbabit.
Sy sndiri pernah memimmpin dan d pimpin, sy tau macam mana berada d atas dan macam mana ada d bwh. sy x katakan diri sy pemimpin yg baik, tp, kalau birokrasi pihak atasan, sy dh biasa, namun waktu d sy bagi penerangan tntang kekangan kpd org yg d bawah sy, sy bkn terangkan semula kekangan, namun brcakap dr sudut pelajar dan mengatakan bahawa pihak kami benar dan bkn pihak atasan. secara jujur, utk mnjadi mahasiswa yg dpt memimpin, kita seharusnya lebih rebellious sbb itu yg akan membenarkan kekuasaan pelajar.

Saudara taqi;mungkin jawapan sy sama spt mana yg sy berikan kps ahmad, namun, sy dpt lihat nilai kepimpinan pd saudara apabila mampu mempertahankan dan pada masa yg sama brsdia menerima pandangan(sy lbh suka prkataan pandangan berbanding kritikan kerana bg sy, siapalah sy untuk memberi kritikan).