Remaja 15 tahun ditembak polis


Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah.

Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.

“Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah,” katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan.

Aminulrasyid pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, mati di tempat kejadian.

Laporan polis rakan mangsa: Remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

3 comments:

Bukan Eciz said...

huh. polis tu yg tak guna! mentang2 tengah pagi buta. org tade. buat hal pulak. budusss!!


nak tgk apa yg kamu sudi komennn = apa je yang anda nak komen

Drunbella Khoo said...

salam takziah buat keluarga mangsa.
tapi kan......
dunia sekarang neh semuanya huru-hara.
sedangkan budak darjah dua pun boleh rogol rakan sekolah ini kan pulak menjadi penjenayah.
sume neh tak mustahil.
tp ini just pandangan i.
benda neh susah nak cakap lah kan.

*sorry kalau pandangan i neh menyinggung sesetengah pihak*

Qusyairi Hashim said...

Drunbella Khoo : Actually, i thnk bout da same thing as u r.
aku x katakan bdk ni salah, but at da same time, aq x menolak kemungkinan dia bersalah.

kita x tau, dan tindakan polis menembak tu mngkin disebabkan dia cuba lari dr pihak polis, dan pihak polis rasakan ada sumthin yg mencurigakan berlaku