Nama watak2 perlu dirahsiakan atas sebab tertentu
Cik N - Lecturer yang ngajar subject tu
Cik M dan Encik II - Lecturer
Ana - Nama sebenar Roziana Ramli (Exco Sahsiah dan Disiplin SCITEXS)
So, hari ni aku nak pergi jumpa lecturer untuk cakap pasal hal ni. Oleh sebab aku termimpi pasal benda ni pagi tadi, aku akan tunjukkan cara implementasi dalam mimpi dan dunia nyata aku.
MIMPI
Oleh sebab ni mimpi, jalan cerita macam tak bersambung dan kadang-kala merepek sikit
Aku ke pejabat fakulti. Time tengah tunggu lecturer, ada akak jual peralatan makmal tegur aku. Dia tanya aku nak beli tak alat X (aku x ingat nama alat tu), then aku cakap, better beliau tanya ketua bahagian teknikal.
Pastu dia pun masuk office, time tu aku still aa kat situ, dia kena tunggu dulu, sebab ketua teknikan tengah layan orang lain.
Tibak je, dia datang kat aku dan mengadu nasib dalam perasaan marah, dia cakap dia datang UMP semalam semua pbudak memberikan penghinaan kepada beliau. Aku tanya kenapa, dia cakap pasal dia ada degree dam fotografi, kemudian budak-budak sains and engineering ni macam perlekehkan beliau.
Depa cakap nanti kelak nak kerja apa la dan sebagainya. Dalam hati aku, aku setuju gak dengan cakap budak-budak tu, kalau ada kerja, buat apa dia jual lab equipment. [yang ni mimpi je, kepada budak-budak fotografi, no offence k]
Pastu, dah selesai dengan dia, aku kembali dengan matlamat asal aku, iaitu untuk jumpa lecturer.
Aku cari Cik N(sebab dia yang post memo), tapi beliau tiada, so aku pergi jumpa Encik II yang kebetulan ada di situ.
Encik II cakap pihak fakulti tak ada bukti yang mengatakan bahawa aku dah hantar. Kemudian berlakulah sedikit perdebatan antara aku dan beliau. Last2, aku keluarkan statement ni ;
with all due of respect sir, saya tak kisah nak kena buat lagi sekali report berkenaan(sebenarnya aku kisah), tapi satu je yang saya nak persoalkan, macam mana tanggungjawab seseorang untuk menyimpan hasil kerja yang saya dah buat?
Dan, lepas ni yang jadi tak logik sikit, secara tiba-tiba, watak Encik II telah bertukar jadi Cik M.Seriously.
Kemudian, babak permulaan jumpa Encik II repeat balik, tapi ada pertukaran. Cik M mintak aku masuk bilik Cik N untuk cari hasil kerja aku, aku jumpa satu report yang lecturer cakap aku tak hantar. Tapi satu lagi aku tak jumpa. So teori aku betul la walaupun aku hanya jumpa satu menandakan berlaku kesalahan dalam menuduh aku tak hantar report.
Kemudian, waktu aku nak complain, Cik M, seperti Encik II sebentar tadi bertukar(cam digimon lak aku rasa) jadi staf fakulti.
Staf tu datang dengan perasaan marah ketika aku nak complaint, dia buat analogi mudah. Dia cakap, bayangkan ni folder Cik N dan ni folder aku
So, dia cakap, alasan ni cukup kukuh untuk defend kes yang mengatakan pihak mereka tak bersalah.
Kemudian aku balas dengan analogi mudah, kalau meja saya berselerak, saya hilang tutorial, maksudnya saya tak perlu la untuk hantar tutorial tu, betul tak??
Kemudian, aku meninggalkan beliau dalam keadaan terpinga-pinga
P/s : dalam mimpi aku ni, Miss N tak buat appearance pun.
DUNIA NYATA
Aku call Ana (classmate aku) dan tanya no telefon lecturer berkenaan. Tapi dia cakap dia tak dak no hp tu. So, aku pun bagitau beliau pasal kes ni, dan beliau cakap perkara yang sama menimpa dirinya.
So, abis takat tu. Sebelum aku tidur pada jam 2 petang, Ana mesej aku, dia cakap lecturer mintak ignore je memo tu kalau kita dah hantar semua report.
Namun, atas dasar tak puas hati, aku telah bertandang ke pejabat fakulti pada jam 4 petang untuk jumpa lecturer. Tapi malangnya, lecturer tak ada kat dalam bilik beliau pada waktu dan ketika itu.
So, kesudahan kisah ini, aku tak perlu buat report sekali lagi dan watak Cik N tak tampil sehingga ke penghujung penceritaan.
Sekian
No comments:
Post a Comment