Kenapa aku lama menyepi??

Posting ni adalah untuk menerangkan mengenai kehilangan aku dari dunia blog buat beberapa ketika (perilaku aku buat posting ni, cam bajet ramai lak baca blog aku)


Aku dah menyepi since before cuti sem lagi. Disebabkan kesibukan duniawi yang mana aku terlibat dengan dua tournament debat iaitu di Dungun dan Arau.

Kemudian, bila bukak sem, aku sibuk untuk menyesuaikan diri (macam baru masuk 1st year lak aku rasa) dan pada masa yang sama, terlibat dengan latihan Debat Alam Sekitar di UMT.

Selain itu, kesibukan aku juga disumbangkan dengan pengurusan fakulti yang mana aku terpaksa untuk menganjurkan ataupun observe sket (orang lain anjur, aku menyibuk je) program2 seperti annual dinner (bulan lapan buat anual dinner, hebat tak?), lawatan ke beberapa tempat seantero Malaysia, program pertandingan dalaman dan luaran serta menumpukan diri untuk menyelesaikan beberapa krisis kepimpinan dalaman.

Selain dari pertandingan debat luaran, aku terlibat dengan pertandingan debat piala naib canselor ump yang sedikit-sebanyak memakan masa aku membuatkan aku tidak mampu berblog.

Itu sajalah sebab aku tak update blog aku buat sekian lama....

============================================================================================

Kisah diatas adalah kisah cliché seseorang yang bajet sibuk dan tak mampu update blog.

Sebab sebenarnya adalah..






FACEBOOK HAD NO LONGER BEING BLOCKED IN MY PLACE, SO I SPENT MOST OF MY LIFE TIME FACEBOOKING RATHER THEN BLOGGING OR EVEN READING (BOTH NEWSPAPER AND MY STUDY MATERIAL)

No comments: