La Isla Bonita 1











Hari ni, aku feel2 nak mengenang kisah lalu kat maktab dulu. Untuk sedikit sebanyak mengenang alam persekolahan dan zaman muda mudi di MRSM Langkawi.

Dalam versi pertama La Isla Bonita (The beautiful Island), aku akan mulakan dengan awal penyampaian aku di sana.

Ketika kat maktab, yang tu adalah kali pertama aku masuk asrama, sebelum ni just ulang-alik je dr skolah dekat rumah. So, waktu aku dapat asrama, i had accept the offer without any hesitation, bajet2 cam best boleh duduk kat kepulauan coklat tu..

Jadi, ayuh direct ke waktu daftar dan orientasi. Waktu daftar tu tak de apa-apa sangat pon, just daftar, masuk bilik. Aku ditempatkan sebilik dengan Mawi (digelar sedemikian kerana rambut beliau) dan dengan Arif AB (AB bukan darah dia, tapi just singkatan kepada nama bapa beliau, Abu Bakar)

pandangan dari helikopter..

Kebetulan, waktu orientasi tu, adalah Hari Sukan tahunan (motif sangat bagi orientasi clash dengan hari sukan), jadi orientasi kami banyak bertempat di Kompleks Sukan Langkawi yang boleh dikatakan just a stone throw away dari maktab.

vogue x kompleks sukan kt langkawi?


Jadi, disebabkan ini pengenalan, aku akan mulakan dengan posting kenapa orang panggil aku Ayah Pin..


                                            


Semuanya bermula tatkala minggu orientasi, aku dan sahabat-sahabat yang baru aku kenal tengah melepak kat surau time hari sukan (standard la, sapa suka tengok orang lari kan?). Waktu tu, aku sedang menyampaikan sebuah ucapan ala2 tazkirah. Namun, tazkirah tu sedikit sebanyak adalah mengenai perkara yang tidak baik ( tak perlu aku nyatakan apa).

Jadi, antara yang hadir adalah saudara Afif Sani.
Sedikit pengenalan terhadap beliau : beliau merupakan pemimpin sirkular paling kuat di maktab dan merupakan antara pelopor kepada Lawak Murtad (buat lawak ni tak murtad, tapi yang ni gelaran kepada lawak ni saja). selain itu, beliau juga terlibat untuk bagi nama kat ramai orang lain seperti Haidar@Spilok, Faiz@kambing, Izzat@kiwi, nabil@skem, asyraf@Skod iqbal@dol@iqdol dan sebagainya.

Jadi, disebabkan ceramah aku yanng tidak berlandaskan landasan yang benar, depa telah pun panggil aku ayah pin. disebabkan nama "Ayah Pin" itu agak panjang dan tidak begitu best untuk dissebut seharian, depa dah start panggil aku "Pin" je. sehinggakan pada satu tahap, ada cikgu dengan confidentnya memanggil nama penuh aku satu ketika dahulu sebagai ARIFFIN...


                                                  

Nama ni lekat sehingga sekarang, dan ada gak kawan2 yg bukan budak skolah aku pun dah start panggil aku pin disebabkan pengaruh rakan-rakan sekolah aku yang depa pernah jumpa..

Jadi, yang ni siri pertama aku. takat ni saja, nanti aku akan sambung dengan posting-posting lain termasuk tentang kawan-kawan aku, penubuhan kumpulan kongsi gelap (black kingdom) serta penglibatan aku dalam bidang seni ya'ni bidang perfileman di maktab satu ketika dahulu...

No comments: