Dan tatkala aku sedang berblog ini, aku terpaksa membuatkan sahabatku Faeez menunggu aku untuk bermain mercun bersama ( dia yang mintak aku letak nama dia dalam blog aku)
Drama Raya
setiap kali nak raya mesti ada cerita yang macam ni
tentang 3sahabat (anggaran sahaja, ada gak yang sorang2 je) nak blk kampung, kemudian tiket bas ilang. Jadi bermulalah pengembaraan mereka untuk pulang beraya. Dalam perjalanan tu kena rompak, kemudian jalan kaki, tumpang lori n sampai time malam raya...
tiap2 tahun ada cerita with the same storyline, serius SAMA, even the thing when they were robbed, tumpang lori and in most of the story it is either the tiket raya dah habis or someone mistakenly put it in the washing machine
tolongla, dah tandus idea ke pengarah malaysia jangan nanti cerita ni jadi macam cerita Grinch stealing Christmas yang dah blend in dgn budaya ketika sambut krismas dan orang buat banyak movie pasal ni, takut lak aku aku kalau "Kisah pengembaraan balik raya" nanti dibuat banyak2 dalam pelbagai versi..
Grinch : motif orang melayu nak tiru aku???
Ucapan Raya
Pada zaman kesultanan melayu melaka dulu, kalau nak wish hari raya, biasanya depa jumpa depan2 and they will wish each other.
Setelah zaman berlalu, kad raya dicipta, maka kad raya digunakan untuk wish. Salah satu kehilangan nilai estetika yang dibawa oleh kad raya adalah, kita tak tahu sama ada ucapan tu ikhlas atau tak as we just received a card with some writing on it wishing us selamat hari raya. dan lebih menyedihkan kalau tak tulis apa2 pun, just guna tulisan yang sedia ada je..
Masa berubah, ada SMS. yang menyedihkan adalah, SMS ni senang sangat, cuma klik send to many, habis seantero dunia kita dah wish. Kadang2, ucapan tu sekadar nak bagi cukup syarat atau membalas ucapan orang lain. Dan time ni jugak la kadang-kadang keluar pantun yang ntah apa2, and sometimes might also be offensive. tapi tak pe la, sekurang-kurangnya masih berucap-ucapan.
Kini lagi maju, sms pun aku dah kurang terima, kita just wish kat facebook je. Kalau yang gigih buat gambar dan tag 50 orang tu kira ik la. Ada jugak yang simply make a status "selamat hari raya kepada semua yang mengenali diri ini".
Aku tak kisah pasal tu, tapi cuba kita analisa, jika dulu ucapan kita sampaikan dengan penuh rasa mesra, sekarang ni, sedikit-sebanyak, lohong wujud pada rasa kemesraan tu. Kalau dulu time aku kecik2, selalu dapat dalam 20-30 kad rayam bila dah tua sikit dapat dalam 50-60 SMS and sekarang ni kad raya aku just dapat satu (thanks to Hamizqan Hamzah) dan sms pon dah kurang, just dapat tengok wish-wish kat status fb yang aku tak sure pon samada peng-wisher to address it to me or not...
aku pun buat jugak kad kat facebook...
:-)
Duit Raya
Yang ni adalah aspek yang paling digemari pelbagai pihak tak kira yang muda, semi muda ataupun pra-tua. Tipu la kalau golongan-golongan ni tak suka. Golongan tua pun suka jugak sebab boleh bersedekah di samping melihat senyuman terukir di wajah anak-anak kecil (cam aku) ketika mendapat duit raya.
Dan, walau bagaimana pun dunia berubah, duit raya masih ada nilai yang tinggi. Kita tak macam orang yang sambut Krismas yang just bagi hadiah ketika sambut krismas ( kita still melayu walaupun ada iklan raya yang buat atuk kita jadi santa claus)
Keseronokan dapat duit raya tak bergantung kepada nilai. Kalau dapat dua kupang pun its enough because the main thing is about giving and receiving dan amount tidak pernah menjadi persoalan.
Kalaulah duit raya RM 2 diganti dengan sebijik kereta Lancer sekalipun, aku still akan pilih duit raya sebab yang ni dah jadi sebahagian dari hidup kita sebagai orang Melayu kat Malaysia.
nampak je banyak, total tak sampai seratus pon..
Baju Raya
Baju raya ni terbahagi kepada dua, satu baju melayu @ baju kurung @ kebaya @ pakaian tradisional. Aku biasanya pakai baju melayu waktu first day je, ada pun sepasang je. Kalau aku ala2 PM ok jugak, setiap hari tukar baju. Tapi kan, kalau aku jadi PM, memang aku nak baju lain-lain dari 1 syawal sampai 30 syawal, vogue jugak...
Baju raya yang kedua lebih berunsur sirkular yang mana terdiri dari pakaian bukan baju melayu. biasanya cari kat mall je. Kalau baju melayu kena tempah or cari kat kedai-kedai biasa je (aku tak pakai baju melayu yang jual kat tempt2 cam midvalley, parkson, prangin mall dan sebagainya sebab nampak biasa sangat).
Pasca Raya
Aku mula berkecimpung dengan program-program pasca raya ni time masuk asrama dulu. Biasanya, time ni la kita akan bawak kuih dari kampung untuk dijadikan hidangan bersama sahabat handai.
Biasanya lepas raya, tak ada apa-apa exam crucial lagi, jadi malam-malam selepas lights off atau time prep akan dihabiskan dengan mengunyah kuih sambil mengumpat. Kalau kat asrama dulu, time kuih tengah banyak, budak-budak selalu buat kekwat dengan dewan makan and just makan kuih raya je, especially untuk breakfast.
Kalau kat peringkat sekolah atau kampus, biasanya akan ada majlis hari raya, time ni la nak tunjuk baju raya yang baru dibeli. Biasanya perempuan je buat aktiviti tunjuk baju ni, laki lebih menumpukan kepada aktiviti memenuhkan perut yang jarang sekali dapat dilakukan...
Ziarah Menziarahi
Konsep ni sebenarnya penuh dengan misteri, semua orang akan ziarah menziarahi, maksudnya semua orang akan keluar dari rumah, tapi aku tak pernah sekalipun, pergi ziarah rumah kosong. Hmmm...
Dalam penziarahan ni kita dapat lihat bagaimana orang berjaya meng-synchronize-kan masa lawatan supaya tak bertembung. dan biasanya, percaturan ini dilakukan tanpa perbincangan.
Waktu ni la akan berlaku aktiviti memperkenalkan anak masing-masing oleh ibu bapa. Kadang-kadang time tu, aku dah rasa macam model pulak bila profil dibacakan kepada sahabt handai. Nasib baik tak kena catwalk ala-ala kat runaway tu...
Dipersembahkan, anak saya.....
wanita, berusia 19 tahun, belajar di ....., hobi, bla2...
Itu saja yang dapat aku kongsikan kali ini, sebenarnya, banyak lagi nak tulis, tapi kesibukan menyediakan kuih raya melimitasikan masa aku...
Sekian, Selamat Hari Raya....
No comments:
Post a Comment