Karaoke Kayu

Hari raya kali ni, aku tak banyak sangat jalan2 dek kekangan masa yang berlaku. Dengan family pun, aku just beraya kat rumah, pastu ke Sungai Petani and seterusnya ke Jelutong, Penang.

Kadar kutipan duit raya berada pada tahap menyedihkan, yang mana menurut perkiraan aku, aku just dapat duit raya dari kurang daripada 10 insan yang prihatin terhadap nasib anak kecil sepertiku ini.

Raya kali ni merupakan antara raya yang aku banyak jugak keluar dengan kawan-kawan (dua je sebenaqnya). Waktu raya pertama, aku berkunjung ke rumah kawan sekolah rendah aku, Shahir.

Raya kelima pulak, aku berkonvoi dengan ex-maresmawian (MRSM Langkawi) ke kediaman sahabat-sahabat kami yang lain. Mula-mula nak buat time raya keenam, tapi disebabkan kekangan-kekangan tertentu, terpaksa dicepatkan. Konvoi disertai oleh aku, Haidar, Faiz, Tom, Ah Chai dan Helmi.

Mula-mula kami melawat ke rumah Fadhilah (ex-homeroomate aq) kat Bukit Mertajam. Seperti dijangka, kami sesat berkali-kali dan mengambil masa yang lama untuk ke sana even though tempat tu dekat je. Kemudian kat rumah Fadh, kami start call2 orang yang nak terima kedatangan kami kerumah mereka (macam desperate kan?). Semua ni jadi disebabkan takdak proper planning.

Setelah berorang-orang yang kami call, akhirnya Bull menerima kami ke kediaman beliau. Kami terus ke Penang untuk ke rumah beliau.

Habis beraya, kami teruskan perjalanan ke Bukit Jambul untuk melepak.

Waktu ni la aku jumpa something yang aku tak pernah jumpa lagi sebelum ni, KAROKE KAYU. Yang mana, sistemnya diperbuat dari meja kayu yang turut menempatkan volume controller for both mic and music. Macam zaman Jepun punya je aku tengok benda ni, tak sangka kat penang ada benda ni...


Setakat itu saja crita raya aku, sebenanya aku nak cerita pasal karaoke ni je. lagi satu, time ni jugak aku dapat tahu bahawa seorang sahabat aku tak boleh menyebut sesuatu kalimah dalam lagu Tomat (Wali Band)...

Selamat Hari Raya....

No comments: