Evolusi Kebodohan


Artikel yang acapkali digunakan oleh "Pengedar-pengedar" produk, Login Facebook dapat Rm 100.

Apabila tengok kepada profil yang post kan gambar ni, tertulis pelbagai qualification, diploma dan ijazah yang sudah dimiliki. Tapi, mungkin dalam setiap kursus diploma, ijazah, sarjana or even PhD yang diambil tu, tak ada subjek mantik ataupun "penganalisaan bahan bacaan".

Dan terang-terang kat dalam artikel tu tulis, boleh jana kewangan melalui facebook kalau pandai menggunakannya. Artikel dah tulis, Facebook dapat bantu usahawan kalau bijak menggunakannya. Usahawan ni bermaksud golongan yang menjual atau memperdagangkan sesuatu, tak pernah wujud dalam Kamus Dewan edisi ke berapa sekalipun, golongan yang mengklik-klik butang login di facebook tu dikira sebagai usahawan.

Dah la tak tau cara nak analisa bahan bacaan, then, dengan penuh confidentnya, mempublish (maaf kerana menggunakan bahasa rojak, ini adalah hasil PPSMI) artikel ni di facebook then cakap dapat untung dengan hanya login.

Kalau macam tu, I think, I'll just cancel my Skim Pelajar Bekerja application and work with Mark Zuckerberg instead as I can simply be in my room clicking the login button.

It's true if they are saying some people are evolving. The theory is called, the evolution of stupidity, where it started with human and ended with naked, hairy monkey.

No comments: