Ketika sedang menghabiskan masa-masa awal pagi dibilik, atas masalah insomnia yang datang secara tiba-tiba, aku plan untuk menghabiskan masa untuk pengenalan sedikit sebanyak mengenai sekolahku yang tersayang. Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahui apa yang terselindung disebalik pagar sebuah maktab yang diapit oleh sebuah bukit dibelakngnya, dan sebuah Wat Siam dihadapannya ini.
Jadi, ini merupakan sedikit guide mengenai MRSM Langkawi. Bacaan ini sesuai untuk ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka untuk menyambung pelajaran di sekolah yang dibina diatas tapak tanah, mendiang pengasas teknologi motorsikal Malaysia, Boon Siew
Tiada Diskriminasi
Kami di MRSM Langkawi, tidak pernah mengamalkan dasar mendiskriminasikan mana-mana pihak didalam apa jua keadaan. Walau bagaimana fizikal mahupun mental seseorang, mereka tetap akan diterima di MRSM Langkawi kerana kami percaya atas kemualiaan setiap manusia.
Sebagai contoh, untuk badan dakwah di institusi lain, biasanya akan dianggotai oleh golongan-golongan "masjid" sahaja, namun, di MRSM Langkawi, penilaian itu tidak pernah dilakukan. Sebagai contoh seperti visual dibawah yang mana ahli badan dakwah dan rohani (BADAR), ada diantaranya yang kelihatan macho dan "katang"
Berdiri lima dari kiri : beliau merupakan ahli bina badan |
contoh lain menunjukkan bahawa kami tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa adalah seperti dibawah. Meskipun, kumpulan dibawah merupakan antara golongan2 kulit hitam, namun, mereka tetap menerima ahli berkulit putih (berdiri,kanan) seperti keluarga sendiri
Langkawi Black People Association |
Standard Langkawi
Standard Langkawi merupakan satu bentuk frasa yang digunakan oleh kebanyakan pelajar dalam menunjukkan kehebatan maktab yang mereka sayangi. Frasa ini acapkali digunakan sebagai respons kepada perbualan yang menaikkan nama maktab dan pelajarnya. Contoh diilustrasikan didalam ilustrasi dibawah,
Sifat Berkasih Sayang
Kejadian buli-membuli merupakan kejadian klisé yang berlaku dimana-mana asrama, namun, tidak di MRSM Langkawi. Kejadian seperti membuli junior-junior tidak pernah sekalipun diamalkan oleh kami. Meskipun kami sangat sayang menyayangi antara satu sama lain, aktiviti-aktiviti homoseksual seperti mana yang berlaku di sekolah **** tidak pernah dilaporkan di Langkawi.
Guru dengan Catchphrase
Setiap warga pendidik di MRSM Langkawi mempunyai catchphrase masing-masing dan ini juga menjadi simbol kepada keunggulan mereka. Bagi yang tidak mempunyai catchphrase, mereka biasanya tampil dengan personaliti fizikal yang lebih menonjol supaya dikenali. Contoh catchphrase adalah
- Bangun, bangun,
ayah pin, kejutkan pengikut-pengikut kamu tu... - Nasib baik saya bukan Melayu, saya ada darah campur...
- De
Gelaran
Boleh dikatakan hampir 99% daripada pelajar di maktab mempunyai gelaran masing-masing. Dan gelaran ini bukan sekadar digunakan oleh kenalan, malah digunakan oleh tenaga pengajar juga. Antaranya adalah ;
Dol |
Spilok |
Skod |
Alien |
Panjang |
Dan, akhir sekali...
Setelah saya keluar dari alam persekolahan, baru saya sedar bahawa sesungguhnya, apabila annda menjadi pelajar MRSM Langkawi, ramai yang akan kurang menyukai anda, seperti contoh komen dibawah ;
No comments:
Post a Comment