Tuntutan Kebebasan Akademik : Bullshit

Position Statement : Saya tidak mempunyai apa-apa kecenderungan kepada mana-mana parti dan saya juga tidak tergolong dalam kalangan politikus kampus. Hasil tulisan ini adalah berdasarkan pengamatan peribadi terhadap isu tuntutan "Kebebasan Akademik" yang telah dilakukan.

Rasanya tidak perlu saya bercerita panjang mengenai Tuntutan Kebebasan Akademik yang telah dilakukan oleh segelintir mahasiswa seluruh negara baru-baru ini, namun, untuk kefahaman pembaca, molek kiranya jika saya menampilkan senarai tuntutan yang dipinta oleh mereka ini. Kepada yang masih tidak mengetahui apa itu AUKU, sila rujuk link ini, Akta Universiti dan Kolej Universiti.


Didalam kesemua isu yang dituntut ini, sedar ataupun tidak, hanya satu yang benar-benar menuntut kepada kebebasan akademik, iaitu perenggan "bebaskan ilmuan akademik", manakala, yang lain, sekadar tuntutan-tuntutan untuk memenuhkan nafsu naif pelajar.

Kenapa saya bersetuju dengan kedua? Bermula dengan kes tindakan yang diambil terhadap Dr. Abdul Aziz Bari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mana menunjukkan kita cuba untuk mengawal (contained) pemikiran dan idea pakar akademik atas kepentingan politik (baca : pentadbiran negara) dan juga demi menjaga kestabilan sosial. Jika kekangan seperti ini diteruskan, maksudnya, rakyat Malaysia lebih rela untuk hidup aman dalam fantasi rekaan sendiri daripada mengetahui mengenai perkara sebenar dari pengkaji-pengkaji yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Tidak dinafikan, ahli akademik juga manusia yang terdedah untuk melakukan kesalahan, namun, setiap pendapat mereka harus diambil dan diusrahkan supaya satu kata putus dapat dicapai. Jika kita kekal dengan golongan yang kurang berilmu (baca :politician) mengawal golongan berilmu, saya rasakan, kewujudan Majlis Professor Negara (MPN) tidak lebih dari sekadar hiasan sahaja.

Itu sahaja klausa didalam tuntutan kebebasan akademik yang saya sokong. Selain dari itu, saya dapat merasakan ianya tidak diperlukan secara total tambahan lagi, kita memang MEMERLUKAN Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga kini.

Kenapa kita perlukan AUKU

Pertama, kita perlu kembali melihat kebelakang, sejarah yang banyak mengajar kita terhadap erti kehidupan. Sebagai contoh, apabila tiada pengawalan di Peranchis pada 1968, kita dapat lihat, bagaimana kekacauan yang ditimbulkan oleh pelajar pada ketika itu sehingga mengucar-kacirkan bandar Paris. 

Keadaan di Paris pada ketika itu

Dan, semua ini bermula, apabila kebebasan diberikan kepada pelajar-pelajar hingga terbitnyaa tulisan De La misere en Milieu Etudiant pada 1966 yang membawa kepada rusuhan 1968.


Kedua, memetik kata-kata Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia,

TDM: We want to give freedom to students. They are not children but we find that those who are active in politics are the Malay students. In the past, the demonstrations were all (participated by) Malays. We know we need educated Malays. If they deviate because of politics and their studies suffer, they would be the ones to lose and so would the Malays. I can guarantee that the Chinese will not take part in demonstrations. They would probably be there among themselves, in discussion, as usual. And if they speak at the speakers’ corner, the ones listening would be the Malays.
We are not over the hump. We are still behind, We need to catch up with people. We need to be more serious about acquiring knowledge. 

Maybe, you can call me a dictator. But I was thinking in the interest of the students when I introduced AUKU (University and University Colleges Act). It is in the interest of students, especially Malays students
We are not over the hump. We are still behind, We need to catch up with people. We need to be more serious about acquiring knowledge. 
Maybe, you can call me a dictator. But I was thinking in the interest of the students when I introduced AUKU (University and University Colleges Act). It is in the interest of students, especially Malays students
Maybe, you can call me a dictator. But I was thinking in the interest of the students when I introduced AUKU (University and University Colleges Act). It is in the interest of students, especially Malays students


Saya kira perenggan ini sudah cukup untuk menerangkan mengapa kita tidak boleh memansuhkan AUKU. Kerana kebenaran ada disitu, biasanya, yang ditangkap dek demonstrasi pelajar adalah Abu, Ali, Adam dan sebagainya. Tapi, kita belum pernah mendengar Ah Chong, Lim Siew Teh, Rajagopal mahupun Francissca Peter ditangkap ketika rusuhan pelajar.

Berhubung tindakan menurunkan bendera, demonstrasi 1 Januari UPSI.

Tindakan menurunkan bendera DS Najib Razak saya kira sebagai satu tindakan yang memang dilakukan oleh pelajar pro-pembangkang. Kerana?

Pertama, mereka telah menurunkan gambar pemimpin negara di bangunan parti berkenaan, jika anda benar ingin bertemu DS Najib atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri, tempatnya bukan di bangunan UMNO sebaliknya di Putrajaya.

Kedua, jika anda terlalu bijak berpolitik, anda sepatutnya tahu, bahawa, dalam meminda akta sesebuah negara, perbincangan di Parlimen diperlukan, sesebuah akta bukan dengan mudah diwujudkan, dimansuhkan ataupun dipinda oleh seorang Perdana Menteri. Kalau semudah itu untuk meminda atau mewujudkan akta, maksudnya, kalau orang itu menjadi Perdana Menteri, saya kira, mudah-mudah hubungan sejenis dihalalkan. Walaupun mungkin dalam penulisan saya sebelum ini mengkritik tindakan salah seorang pemuda UMNO berkenaan isu ini, namun, itu tidak bermakna saya setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh Adam Adli.

Ketiga, berhubung demonstrasi di UPSI, telah disirkulasikan di media baru yang mengatakan polis kejam sehingga membelasah seorang pelajar hingga beliau nazak. Kalau anda gigih untuk mencari video pada hari kenyataan, polis telah bertindak mengikut prosedur untuk mengawal dumbasses sebagaimana yang digariskan undang-undang, namun, perusuh-perusuh ini yang cuba memprovokasi pihak polis. Dan, walaupun diprovokasi, pihak polis masih bersabar dan hanya bertindak menahan pelajar setelah amaran diabaikan.

Seterusnya, tindakan memfitnah polis melakukan kekejam memang tidak dapat diterima secara total. Cuba anda tonton video ini, dan lakukan penilaian sendiri






Dan, dibawah adalah gambar mahasiswa yang nazak dibelasah polis, (diambil keesokan hari selepas kenazakan beliau)


Dan keadaan beliau semakin di exaggerate oleh sahabat baik beliau dilaman sesawang Twitter.


Soal tweet-tweet Adam Adli ni, pertama sekali, Adam sayang, polis bukan anjing UMNO, polis adalah pasukan yang dibayar oleh kerajaan (baca: kerajaan Malaysia, bukan UMNO) untuk mengawal ketenteraman negara supaya tidak dikucar-kacirkan oleh golongan-golongan macam anda semua. Kedua, kalau kawan hang kena serang polis sampai nak nazak, hang sempat pulak dok tweet,awat, tak mau tolong kawan hang ka?

KAMI BAWAK SUARA MAHASISWA!!!

Yang ni lawak, pemprotes acapkali guna ayat KAMI BAWA SUARA MAJORITI MAHASISWA YANG INGIN AUKU DIMANSUHKAN. Saya pelajar universiti, dan secara jujur 100% rakan-rakan saya kecam tindakan anda semua. Adakah anda bawa suara majoriti, atau suara anda sendiri dan atau, besar kemungkinan, suara pemimpin-pemimpin pembangkang yang anda sanjung sangat tu?

Kami sokong AUKU dan kami diam bukan sebab takut, sebab kami sibuk nak belajar, maka, bila ada golongan-golongan yang malas nak belajar ni menyalak, jangan justify anda bawa suara kami. 

Ha, sebelum saya terlupa, suka untuk saya ingatkan, tindakan pemansuhan AUKU sebenarnya tidak memberikan apa-apa peluang untuk mahasiswa bergerak aktif di dalam politik, kerana :
  • Anda tidak dapat bertanding didalam pilihanraya
  • Anda masih tidak dapat untuk memegang jawatan di dalam parti politik
  • Anda juga tidak dapat jadi menteri meskipun Anwar Ibrahim jadi PM
jadi, apa yang anda dapat kalau AUKU dimansuhkan?
  • Anda dibenarkan masuk politik
  • Anda dibenarkan turun untuk berkempen ketika pilihanraya
  • Anda boleh memasang sepanduk dan bendera parti politik ketika pilihanraya
atau, dalam bahasa mudah, jika AUKU dimansuhkan, anda membuka peluang kepada ahli politik untuk menggunakan anda sebagai kuli, hamba dan mungkin juga macai mereka.

Setakat itu sajalah, selamat menjawab peperikasaan saya ucapkan kepada semua, dan kepada yang sibuk berdemonstrasi, selamat berdemo.





5 comments:

dayah said...

tak pernah setuju dengan perjuangan mereka yang sia-sia tu.mereka tak pikir,sejak kes ni,nama mereka lebih-lebih lagi Adam Adli, macam dah kena blacklist dekat negara ni. Ada ke sekolah yang nak terima bakal cikgu macam dia tu kelak? heshh. nak buat,tak fikir kesan akan datang.

Mahasiswi prihatin said...

this is an awesome entry. tulisan anda menguatkan pendapat saya bahawa kita mahasiswa masih belum perlu melibatkan diri dlm politik dan AUKU perlu dikekalkan.

Ingatan anda tentang mahasiswa tetap tidak akan berpeluang menjadi wakil rakyat mahupun menteri mmg benar. Siapa yg nak dengar suara kita yg setahun jagung di parlimen?Paling sedih tentang bangsa Melayu. Hanya mahasiswa melayu saja yg sibuk nak berpolitik/berdemo bukan Ah Chong atao Rajagopal.

Lalala said...

satu benda saya nak cakap.. yang dorang pergi bangunan umno tu pasal dorang diminta hantar memorandum kpd saifudin entah siapa entah kat situ.. kalau tak silaplah.. saya pula ada pandangan lain.. bagi saya auku ini menyusahkan sebab kita akan dihukum sebelum sabit kesalahan.. dan kita tak dapat membahas isu.. maksud saya, dari sudut pelajar sejarah bagi saya.. susah utk bercakap hal ini walaupun patut untuk kami belajar kerana AUKU.. itu sahaja

zulhelmi jamin said...

assalamualaikum

Apa yang korang nak sangt pasal AUKU?Nak bersuara samgat kenapa?relax sudah ar....jadilah mahasiswa yang bijak,utamakan nilai-nilai mendaulatkan undang-undang,amalkan kesopanan dan kesusilaan...baik anda semua main futsal,pergi buat research tentang apa yang anda semua study,,,bagi saya belum tiba masanya anda semua berpolitik...bukan nak perkecilkan anda mahasiswa,tetapi ini kebaikan untuk anda dan negara..Universiti ialah menara gading yang akan mengeluarkan mahasiswa yang cemerlang..saya takot nanti bnyk pulak ahli politik daripada ahli akademik,,takot tidak seimbang....biarlah mereka yang lebih tua dan berpengalaman menjalankan urusan politik,perjalanan anda jauh lagi..

apa yang anda lakukan sekarang tidak akan langsung memberi manfaat kepada negara
bahkan apa yang anda lakukan sekarang akan merugikan anda dan negara

Anonymous said...

Stiap kali aku baca yg ni.. aku kesian tgk mahasiswa yg beria2 na gulingkan kerajaan "zalim".. taktau aa kalau pemimpin depa dok pakat2 tolong settle loan study depa..

Faridajir