Keberkesanan Sistem Demokrasi
Salam Ramadhan,
Pada post kali ini, suka sekali untuk saya kongsikan tentang keberkesanan sistem demokrasi. Meskipun saya bukanlah seorang pelajar sains politik ataupun apa-apa course yang sama waktu dengannya, saya menulis daripada kacamata seorang pelajar yang mempunyai pemahaman rendah mengenai politik.
Jika dilihat semula, mengapa berlakunya demonstrasi jalanan. Maka pasti ramai yang akan menuding jari kepada pemerintah dengan mengatakan rakyat tidak mendapat hak yang sebenarnya untuk menyampaikan suara.
Pada penapatan saya, pihak pemerintah bukanlah satu-satunya pihak yang perlu dipersalahkan. Rakyat juga perlu menilai sejauh manakah mereka memahami konsep demokrasi dan kebebasan bersuara yang sebenarnya.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka diwakili oleh wakil rakyat yang akan membawa suara mereka ke pentas hadapan. Bagi wakil rakyat pula, perlu diingatkan bahawa yang perlu dibawa adalah suara rakyat dan bukannya idea dan pemikiran sendiri.
Apa yang saya lihat sekarang, banyak wakil rakyat yang bertindak dengan menyokong tindakan parti yang diwakili dan bukannya rakyat. Harus diingatkan sekali lagi bahawa rakyat kini mengundi calon lebih daripada parti, jadi rakyat bukan mengharapkan suara parti yang dipentaskan tetapi suara mereka yang ingin dipersembahkan.
Oleh yang demikian, saya telah menyediakan satu carta alir yang menjadi formula mudah dalam mencegah daripada berlakunya lagi kekacauan didalam negara kita yang tercinta ini.
Dengan itu, saya akhiri post saya dengan Salam Ramadhan dan Salam Satu Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment