The way we learn





Semakin berkembangnya kemajuaan dunia, maka semakin uniklah cara belajar yang terdapat di pasaran.
Mungkin pada 1800, manusia belajar tanpa sebarang gangguan, tv or computer. Kemudian apabila tv dicipta oleh Paul Gottlieb Nipkow pada 1884, banyak student yg mengadap tv sambil belajar. Kemungkinan besar ini dapat memberikan impak kepada mutu pembelajaran itu sendiri.

Apabila dunia semakin maju, wujudnya komputer, video game dan sebagainya, kita dapat lihat sejauh mana pencapaian pelajar pada masa kini. Kita semakin kurang mendengar mengenai kejayaan pelajar-pelajar muda dalam menghasilkan sesuatu yang baru kerana mereka telah hilang tumpuan terhadap perkara yang patut diutamakan. Cuba dibandingkan pada zaman dulu, Encik Einstein telah berjaya mewujudkan relativity theory pada usia 26 tahun. Newton dapat mengemukakan teori graviti pada usia muda. Tapi sekarang, jarang sekali kita dengar golongan muda menghasilkan teori atau rekaan yang mengubah dunia, kita hanya dapat melihat di dada-dada akhbar golongan muda yang berjaya dalam rancangan realiti tv.

Renungkanlah...

No comments: