Pada 17 ogos aku telah berangkat ke KL untuk join satu Pidato competition. Pertandingan ni first skali aku join lepas masuk ke UMP. So, pengalaman tu memang kosong la, dapat tau pun last minute, dalam 2 ari before pegi, persediaan pada tahap minima (sebenarnya x de langsung persediaan)
So, first day aku di sana, aku check in kat hotel Cititel(aku bajet hotel tu kat Midvalley, rupa-rupanya kat chow kit, dekat dengan lorong haji taib lak tu) lebih kurang dalam kul 2. Kami sampai lambat sikit sebab berlaku insiden yang diingini on da way nak pg kl, abang yang bawak keta tu terlanggar monyet hingga beliau menghembuskan nafas terakhir.
So first day tu juz full dengan ceramah n taklimat pasal program and also pasal Gagasan Satu Malaysia yang merupakan buah fikiran idola aku,Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pertandingan start keesokannya kat Auditorium Jabatan Muzium Malaysia (yang organize ni Perpustakaan Negara, aku tak tau lak dua entiti ni ada kaitan). Seperti yang dijangka, performance aku hampeh, Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah langsung involve dengan pidato peringkat sekolah menengah, sekolah rendah mahupun tadika inikan pula universiti. aku stat merepek atas pentas, terlupa isi, amik 80% masa untuk cakap isi pertama dan pelbagai lagi kesalahan lain yang malas aku nk tulis. Tapi, even aku buat dengan teruk skali, still ada advantage, tatkala semua orang nervous nak tau whether they gonna get into final or not, aku juz lepak je dengan keputusan yang dah boleh diagak.
So keputusan sape masuk final diumumkan pada hari ketiga:
Ikhwan : USIM
Habibah : UPSI
Hidayah : UTM
Yap Kim Vun : USM
sorang lagi aku kurang ingat nama beliau : UM
Yang tu je yang aku nk tulis hari ni. Pasal ranking sapa menang, hampa wat la research sendiri.
No comments:
Post a Comment