Setelah aku tak menjaga mereka.

Nota Penulis : Blog ni hanya untuk berhibur, harap x de mana2 pihak yang akan mengambil feeling. Sebarang makian dapat disampaikan dibahagian komen.


Sudah masuk tahun kedua aku meninggalkan alam persekolah aku. Selepas aku meninggalkan maktabku yang ter-chenta pada 2007, aku telah sambung pengajian di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Sekarang aku ada di Universiti Malaysia Pahang.

Ada kala, tatkala tiba masa dan ketika, aku teringat kepada rumate aku kat langkawi dulu (aroi, syazani dan rumate pelawat : spilok). Cara melepaskan rindu itu adalah dengan menulis perkara buruk mengenai mereka.

Jadi, facebook menjadi medan kami berhubung disamping saling memaki hamun sesama sendiri. Tetapi aku dapat lihat rumate2ku banyak yang dah berubah, x macam dulu, mungkin mereka telah mengalami transisi ke alam remaja.

Berdasarkan gambar2 di laman networking sosial, aku lihat mereka telah terlibat dengan budaya yang tidak begitu menyihatkan. Sehubungan dengan itu, aku ada meletakkan gambar mereka dan aktiviti mereka sekarang, dimana gambar itu menjadi pengubat rindu aku pada mereka semua.



Maklumat ringkas mereka semua
(Clockwise from upper left)
  • Haidar sekarang menyambung pengajian beliau dalam bidang kejuruteraan. Sedang dalam proses menfoundationkan dirinya.
  • Syafiq Ahmad juga sedang menfoundationkan dirinya untuk program kejuruteraan jugak.
  • Syazani aku rasa sudah tamat mentarbiahkan diri beliau pada peringkat foundation, beliau juga mengikuti program kejuruteraan.

No comments: