Test Physical Chemistry


Tadi aku baru sahaja menghadapi test physical chem. Senang je, ada 3 soalan bersama anak-anak soalan yang ramai bangat. Aku dah prepare untuk test ni sejak last week. Tapi time exam tu aku rasa cam tak guna pun study, nak jawab pun susah.

Tapi tiba-tiba bagaikan satu rahmat muncul pabila terdering telefon Prof L (bukan nama sebenar), beliau pun keluar menjawab panggilan dan berlaku la pesta tiru meniru didalam dewan yang mulia itu. Ahli sidang sama-sama menukar-nukar jawapan masing-masing yang mereka pun tak pasti kesahihannya.

Aku hanya mampu melihat telatah sahabat-sahabatku meniru namun tidak dapat melihat diriku sendiri meniru kerana......... ketiadaan cermin.

Itu sajalah kisah hidup aku pada masa ini. Semoga bertemu lagi.

p/s: kepada sapa2 yang masuk blog ni, jadilah follower, aku ingat nak pecahkan world record dengan blog paling banyak follower. Sokongan anda amat saya kasihi dan hargai.




widgets

No comments: