Penatnya memimpin,


Dalam hidup aku, aku telah pun beberapa kali diberi kepercayaan untuk jadi pemimpin samada secara rasmi ataupun tak. Dan dah banyak kelakuan n ragam manusia yang aku dah nampak.

Aku dah pernah pegang beberapa jawatan sebelum ini. Kalau ketua kelas tu dah banyak kali sangat,tapi paling mencabar time jadi presiden kelas kt mrsm langkawi dulu, responsible banyak sket. Aku start pegang jawatan yang aku rasakan agak besar time darjah enam, jadi Ketua Pengawas Pusat Sumber.

Semenjak tu aku terus 'melekat'dengan library. Time form 3 dapat jadi Ketua Pustakawan library junior. form 1 n form 2 dah jadi ketua biro library sekolah. Waktu form 4 n form 5 lak aku jadi Naib Presiden badan pengawas pusat sumber maktab.

Waktu kat matrik dulu, aku ada cuba nasib bertanding untuk jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP), tapi, dalam minggu berkempen tu, aku terpaksa berpindah ke Pasum. Bila dah pg Pasum, pilihanraya baru je abis, so x sempat nak bertanding.

Sekarang ni kat UMP, aku pegang jawatan sebagai Presiden untuk persatuan fakulti aku. Ingat tak nak jadi, nama pun aku x bagi untuk pencalonan, tapi apakan daya, org dah pilih.

Kalau kepimpinan secara tak rasmi tu banyak. Kalau kt sekolah dulu, biasanya aku jadi projek leader yg dilantik tanpa itam putih. Kalau program sendiri, aku lead untuk program ceramah motivasi yang aku buat dengan kawan2 aku.

Untuk dijadikan crita utk post aku kali ni, bukan penat jd pemimpin, tp penat tgk karenah samada org di bawah kita ataupun birokrasi dgn pntdbiran.

Banyak senario yg aku jumpa, sj nk crita sikit. Sekarang aku start crita (panjangnya intro aku)


Kisah A
Berlaku dalam kalangan AJK dan MT

Aku : Untuk program ni, aku jadikan ko project leader. Ko uruskanlah semua benda tu.
X :Ok

Beberapa hari kemudian

X : Ko tolong cari peserta dengan jumpa cikgu jap boleh tak?
Aku: Awat hg tak buat ?
X : Aku banyak keja la, kelas full minggu ni, ada test lagi
Aku : Ok la, aku buat.

Komen : Aku dah bagi pengkhususan kerja, kenapa kerja nak kena patah balik kat aku, lebih baik aku x de ahli biro kalau camtu, senang sket, semua aku buat ikut kepala aku je. Kalau test and klas jadi alasan, awat, hg igt aku x dak klas, tutorial, test..


Kisah B
Berlaku dalam kalangan MT dan AJK

X : Boleh tak ko cakap kt Y, jangan la semua keja kasik kt aku
Aku : awat pulak dengan hang ni?
X : x la, semua keje diorng suro aq buat, diorng dah la tak buat pe2 pon.
Aku: X kot, depa pon ada keja jugak tu aku rasa, pasai tu suruh hang buat
X : X la, doirang tu saje je x nak buat keje, balik2 aku je yg kene,

Komen : Semua orang ada kerja masing2, kalau kita rasa nak complain setiap kali tanggungjawab orang bagi kat kita, lebih baik jangan terima jawatan in the first place.


Kisah C
Berlaku dalam kalangan 'rakyat jelata'

Kali ni x dde dialog. Biasanya kalau sesuatu aktiviti yang kita rancang nak buat, mesti dapat macam2 tentangan.
Kalau pilih tarikh, ada saja alasan, cakap tarikh tu x sesuai la, ada keja la etc. tapi, kalau dah ikut tarikh yang depa nak, last sekali tak nampak jugak batang hidung.


Kisah D
Birokrasi

Benda ni jadi banyak kali kat aku. Antara kes yang aku berjaya ingat, dua sijil yang sepatutnya aku dapt, burn. Daripada aku student kat skola, sampai aku kuar skola, sijil tak dapat pon. Sampai aku kuaq pon aku tetap contact admin untuk tya pasal sijil aku dan sahabat2 lain, tapi tak dapat pon.

Macam2 alasan aku dapat. Kena jumpa penolong kanan la. Bila dah jumpa, suruh aku jjumpa penasihat pulak, bila dah jumpa, diorang suruh aku jumpa orang kat ofis pulak, bila pi ofis depa suruh aku jjumpa tukang kebun la,mak cik cleaner dan sebagainya. last2 sijil aku hilang entah ke mana,


Kisah E
Boss

Selain jadi ketua dan presiden, aku jugak pernah duduk kat bawah. Ada jugak ketua aku yang tak pernah nak buat kerja pon. Sampai ke satu tahap, orang yang x de kaitan dengan persatuan anggap aku sebagai presiden sebab tak pernah nampak pun ketua aku dalam program yang persatuan buat.

Ada jugak yang selalu datang mesyuarat, tapi, tak mainkan peranan sebagai ketua. alih2, budak2 bawah dia yang arahkan dia apa kena buat. Memang betul, kalau jadi ketua pada peringkat pelajar ni, kita x boleh terlalu bossy, tapi pada masa yang sama janganlah bagi orang pijak kepala kita.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"ada keperluan untuk kita memegang amanah dengan penuh tanggungjawab dan membantu orang lain untuk melaksanakan amanah mereka."

Memang seronok bila kita ada kat atas. Bukan sebab boleh mengarah itu ini, tapi kita dapat untuk gerakkan organisasi mengikut aspiraasi kita. tapi kita perlu sedar that great power comes with great responsibilities. It's not like we need to maneuver the whole organisation on our own, but one thing we need to know that we are the brain of the organization. jadi ada keperluan untuk kita memegang amanah dengan penuh tanggungjawab dan membantu orang lain untuk melaksanakan amanah mereka.




Apa yang aku tulis dalam ni merupakan pengalaman aku setelah hampir 8 tahun terlibat dalam bidang kepimpinan. Kes yang diambil tidak merujuk kepada mana2 jeda masa ketika aku terlibat dalam memegang apa2 jawatan. Kebanyakan daripadanya adalah kes berulang sepanjang aku berkecimpung dalam bidang ni. di harapkan tiada pihak yang akan terkilan atau terasa dengan nukilan ini.

2 comments:

Qamar said...

keluhan hati org yg sering terlibat dgn organisasi....

Qusyairi Hashim said...

dan skrang rasa cam nk berpencen