Laporan Bernama ,PRIHATIN KEPERLUAN RAKYAT
Latif dan Salmah merupakan antara 10,000 penduduk kampung di sekitar Batu Melintang, dekat sini yang mendapat kemudahan klinik 1Malaysia.
Ahli Parlimen Jeli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kewujudan klinik 1Malaysia di Batu Melintang, Jeli, merupakan klinik pertama seperti itu dibina di kawasan pedalaman dan ia menjadi keprihatinan kerajaaan pusat terhadap keperluan rakyat.
Mustapa berkata meskipun konsep mewujudkan klinik 1Malaysia bertujuan mengatasi kesesakan pesakit di bandar namun kerajaan tetap memberi pengecualian dengan membina sebuah klinik 1Malaysia di pedalaman daerah itu sebagai mengambil kira kesusahan penduduk di kawasan terbabit.
"Kerajaan pusat prihatin terhadap keperluan rakyat di pedalaman khususnya pedalaman Jeli di Batu Melintang ini kerana menghadapi kesukaran ekoran ketiadaan klinik terdekat kecuali klinik swasta dan hospital Jeli.
"Justeru itu kita meminta kerajaan memberi pengecualian dengan mewujudkan sebuah klinik 1Malaysia daripada 50 buah klinik yang diwujudkan seluruh negara untuk keperluan rakyat di kawasan ini," katanya.----------------------------------------------------------------------------------
Kenapa perlu cakap kerajaan PUSAT prihatin? dah yang ni memang tanggungjawab untuk sediakan healthcare services untuk rakyat Malaysia. Jadi, tak perlu la timbul isu prihatin atau tak.
Analoginya mudah, kalau kerajaan buat jalan, yang tu keprihatinan atau tanggungjawab??
Bila konsep ehsan dan tanggungjawab ni tak difahami, yang tu akan timbulkan masalah. Kita mungkin akan memuji kerajaan dengan apa yang diberi, tapi sebenarnya yang tu memang hak rakyat. Dan kemudian, bila harta tak sampai kepada rakyat, ada pula yang cakap, dah cukup baik kerajaan bagi sebelum ni. Sebagai rakyat yang bijak, kita perlu sedar mana satu hak kita supaya pembahagian yang lebih adil dapat kita nikmati.
مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ
Ertinya : Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu(Al-Hashr: 7)
No comments:
Post a Comment