Pemimpin

Tatkala aku sedang membelek-belek laman sosial facebook, terjumpa notes mengenai kepimpinan. Ada beberapa hadis Nabi mengenai jawatan kepimpinan. One of it is this ;

Dari Abu Musa menceritakan bahawa suatu ketika dua orang dari suku bapa saudaranya datang kepada Rasulullah SAW, yang seorang mengatakan, “Angaktlah kami untuk jawatan pemerintahan, ya Rasulullah. Dan yang seorang lagi mengatakan perkataan serupa. Baginda SAW menjawab, “Sesungguhnya kami tidak akan mengangkat untuk itu orang yang memintanya dan tidak pula orang yang sangat menginginkannya.”


Satu lagi yang ni


Dari Abdurrahman bin Samurah RA, berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Hai Abdurrahman, janganlah kamu melamar pangkat Amir; kerana jika kamu diangkat kerana permohonanmu, beratlah tanggungjawabmu; dan jika pangkat itu diberikan kepadamu tanpa lamaran, tanggungjawabnya lebih ringan.”
(HR Muslim)








Cuba kita tengok balik dalam hadis ni, kedua-duanya sentuh pasal aktiviti meng-offer diri menjadi pemimpin. Yang mana adalah lebih baik kita dipilih daripada kita mencalonkan diri sendiri.

Ironinya sekarang, seseorang yang tidak mahu untuk mencalonkan diri menjadi pemimpin dianggap penakut manakala yang nak menjadi pemimpin kita anggap sebagai wira.


Cuba kita fikirkan semula, sejauh manakah kita dari cara hidup Islam yang sebenar, adakah kita telah terus menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar atau kita hanya beralih light-light je atau apa yang kita gemar menggelarnya Bida'ah Hasannah..



No comments: