Teka-teki

In what place,
if you start walking,
you cant stop?



IN A MALL !!!

Betul tu, kalau kat shopping centre, bila jalan memang tak boleh stop. Aku buat post ni bukan untuk tanya soalan kurang cerdik atau nak promote Year End Sale. Tapi just nak cerita yang waktu aku tengah pi membeli belah taddi, dah la orang tengah ramai, berpusu-pusu lak tu, selamba badak je mamat ni buat road block, dah la tu, aku dengan penuh berbudi bahasa, excuse me...  dia buat tak dengar je, sampai nak kena koih(bahasa penang utk touching2 bahu) baru dia nak gerak dari situ.

Sebenanya, walaupun ak baru start cuti sehari dua, dah banyak benda yang best menarik jadi kat aku. (menarik tak semestinya best). 



BAS
Pertama, waktu tunggu bas, aku direct nak bagitau yang tu bas durian burung(malas nak cover, pakai bukan nama sebenar). Tiket cakap kul 8, aku call tanya, then dia cakap delay, pukul 9.30. Lepas tu aku call lagi, dia delay pukul 10 pulak. Bila aku pi tunggu bas, last2 pukul sebelas baru dia sampai. Hampeh...



PAK CIK
Kedua, aku ada terjumpa "Pak Cik" yang ada pakai satu tag which claims that he's smarter than Einstein. Mungkin hampa semua kata benda tu biasa. Tapi bagi aku yang luar biasa adalah sebab aku dah jumpa dia kat Jalan TAR enam tahun dudah. Lepas tu aku jumpa dia lagi sekali last year kat Kompleks Perdanasiswa UM. Dan hari ni aku jumpa dia dekat denngan rumah aku kat Penaga, Penang. Ajaib tak?



MAMAK
Kita tahu, dulu, mamak nasi kandaq undergo an evolution. Mula2 depa kandaq(letakkan nasi di bahu) nasik yang depa jual. Berevolusi dengan membuka kedia.

Lepas tu, maju setapak dengan mempunyai tv, diikuti dengan pemilikan TV plasma 44 inchi.

Dan, perkara yang mengejutkan aku tadi adalah, aku pi makan kat kedai Nasi Kandaq feverat aku iaitu Subaidah. Tengok2, mamak kat situ ambik order pakai PDA. Dia kata dari PDA tu direct hantaq ke dapuq untuk depa masak. 

Aku pikiaq, moden jugak la depa ni, aku yang ala2 savvy dalam bidang komputer ni pun tak mampu nak pakai PDA.






So, setakat itu saja la cerita aku semasa cuti dua hari ni. 
Before i forget, saja nak buat announcement esok aku akan kembali ke 
bumi Langkawi
 (bagi yang tidak mengenali diri ini, frasa KEMBALI digunakan kerana aku pernah bersekolah selama beberapa tahun di bumi Mahsuri berkenaan) 
bersama dengan sahabat-sahabat lama (Haidar, Zufar, Nabil Panjang)

So, nanti aku post la suka-suki aku disana kelak.


1 comment:

Norul Malakiah Sidek said...

mamak pun dah advance skrg...tak seindah berbaju busuk haha