Analisa Iklan Raya 2 : FINAS

Sinopsis





'Fitting Room', merupakan iklan Aidilfitri terbitan FINAS.  Fitting Room yang mengetengahkan isu kehidupan dalam realiti sepasang keluarga muallaf yang diwakili watak Muthu , telah berkahwin dengan perempuan muslim berasal dari Sarawak. Muthu mempunyai seorang bapa yang masih beragama Hindu, tetapi mempunyai sifat kasih sayang terhadap anak kandungnya walaupun Muthu telah memeluk agama islam, begitu jua dengan Muthu yang mempunyai perasaan yang sama terhadap bapanya.





Analisa


BEST!!!
Yang tu merupakan perkataan pertama yang dapat difikirkan bila tengok iklan ni. Ada kelainan dari iklan-iklan cliché yang lain. Dan yang paling penting, tak ada part  dalam iklan ni yang cuba promote organisasi yang buat iklan ni.

Antara aspek yang berjaya menarik perhatian aku adalah gabungan antara dua kaum yang berbeza, India dan Melayu. Dan lagi best apabila Melayu tu adalah seorang gadis dari Sarawak (bila depa nak buat orang penang pulak?).

Antara nilai yang nak diketengahkan ada banyak.

1) Islam tidak pernah memisahkan keluarga meskipun berlainan agama.
2) Rakyat Malaysia telah semakin matang dan mampu hidup dalam kelompok berbilang kaum sehinggakan kahwin campur dah menjadi sebahagian daripada norma masyarakat.
3) Walaupun watak dari berbilang kaum, tapi produksi tidak highlight mengenai perkara itu. Di sepanjang iklan ini, "percampuran" antara kaum tidak diketengahkan dan menganggap ianya sesuatu yang biasa. Kerana didalam kebanyakan iklan, kita cuba untuk ketengahkan yang rakyat kita telah bersatu tanpa menyedari bahawa kita sebenarnya sedang melebarkan lagi jurang ( Rujuk : Building bridges, slashing ties)

Dan, semenjak dua menjak ni, aku lebih berminat kepada iklan-iklan yang ada unsur bahasa-bahasa selain bahasa melayu, contohnya macam iklan Maybank yang baru.

Dan di akhir iklan ni, dia tunjukkan yang ayahnya kepada Muthu tak mintak tolong anaknya walau ada masalah. Yang ini mencerminkan attitude seorang ayah yang pada apa jua keadaan tak mahu menyusahkan anak-anak dan tak mahu tunjukkan yang dia lemah disebabkan tanggungjawabnya sebagai tulang belakang kepada keluarga.

No comments: