Paranoid

Sekarang ni banyak kisah-kisah 'menakutkan' yang kita selalu dengar. Makanan yang kita makan tak halal, 2012 akan kiamat, ada missionaries yang cuba sesatkan orang Islam dan sebagainya. Sedar ataupun tidak, kita seperti wujud dalam satu kepompong yang menjadi sempadan terhadap cara pemikiran lebih matang and bertamadun?

Sebagai contoh, iklan raya TV3 yang ditarik balik tu dikatakan sebagai menyokong Freemason dan Illuminati. Ada jugak yang kata mempunyai kaitan dengan agama Kristian dan Buddha. Persepsi yang diwujudkan, bagi saya tak lebih untuk menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia sahaja.

Kalau benar "sang pentafsir" nak bermain-main dengan tafsiran konsep iklan berkenaan, mengapa tidak beliau sentuh semua iklan yang wujud. Bagi saya, pasti ada unsur yang dapat ditafsirkan yang mampu lebih menakutkan rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, iklan Ribena dengan lemon. Lemon merupakan satu lambang kasih sayang dan ketaatan kepada Tuhan. Sebagai contoh di dalam lukisan Paolo Morando, The Virgin and Child with the Baptist and an Angel yang menunjukkan bahawa Jesus Christ diberikan lemon sebagai tanda ketaatan.

Begitu juga dengan iklan Kismis Sunmaid. Yang mana buah anggur merupakan lambang kepada darah Jesus Christ dan juga ianya digunakan dalam upacara keagamaan. Dan lambang seorang wanita itu merupakan salah satu daripada aspek yang membentuk Triquetra yang merupakan salah satu simbol Celtic yang merupakan Holy Trinity.




Selain dari aspek iklan, soal makanan juga menjadi isu utama, banyak saja makanan yang haram dalam Malaysia. Memang benar, kita perlu menjaga setiap aspek dalam pemakanan kita, namun, kita bukannya tinggal di dalam negara yang ditadbir oleh golongan Kafir. Jadi, jika kerajaan mengatakan sesuatu itu halal, maka ianya dikira sebagai green light  daripada  pemerintah Islam mengenai keselamatan pemakanan itu. Maka tak perlu timbul isu haram, shubhah dan sebagainya.




Seterusnya, isu tulisan tersembunyi. Satu perkara yang amat saya ingat adalah isu kasut Crocs itu sebenarnya mempunyai lambang Allah. Kalau dilihat-lihat, maka benar ia mempunyai tulisan Allah kata sesetengah pihak. Bagi saya, apa yang kelihatan itu sebenarnya bukanlah tulisan Allah, sebaliknya sekadar permainan mata ataapun Scotoma (kita melihat apa yang ingin kita perhatikan). Dan secara jujur, saya rasa ini sekadar cuba menjatuhkan perniagaan pihak lain.

Setakat di sini saja. Saya tidak ingin menyentuh tentang paronoia politikus Malaysia hingga sanggup menggunakan realpolitik dalam urusan mereka untuk mencapai matlamat politik kerana bimbang berlaku kesalahan fakta ataupun fakta berat sebelah.

No comments: