Menara Warisan

Di dalam pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak telahpun mengemukakan cadangan pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang bakal menelan belanja sebanyak RM 5 billion dan akan siap pada 2015.



Dan seperti biasa, di sebalik setiap program kerajaan, pasti ada penentang. walaupun kadang-kala, gaya penentangan yang dilakukan bagi saya dikira tidak begitu konkrit dan dibuat tanpa pertimbangan yang mendalam. Saya tidak menyatakan segala bentuk penentangan itu salah, namun, sila justifikasikan tentangan anda. Hatta jika anda menjawab soalan peperiksaan sekalipun, kalau anda sertakan dengan explanation  mesti dapat markah lebih kan? :-)

Sebagai contoh, ada penentangan yang dibuat di group facebook ini. 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower


Segala komen saya adalah pendapat peribadi dan tidak mencerminkan sokongan saya terhadap mana-mana parti politik. Saya lebih selesa bertindak sebagai pemerhati dalam melakukan penilaian berbanding terus membuta-tuli menyokong sebarang tindakan majoriti.

Saya suka untuk menyentuh soal bantahan dan cadangan yang diberikan untuk memastikan program ini tidak dapat dilaksanakan.

Pembinaan Sekolah

Apa masalahnya dengan sistem persekolahan sekarang. Ada ke rakyat Malaysia yang tidak ke sekolah kerana tak cukup sekolah. Dan kerajaan kini, sedang menumpukan kepada pembangunan pendidikan hinggakan jutaan malah berbilion ringgit disalurkan kepada sistem persekolahan. MRSM dan SBP tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Apa lagi yang kita impikan? Adakah kita nak ratio 10 orang untuk satu sekolah baru kita nak berpuas hati?


Disneyland

Yang ni memang idea best. Nafsu saya pun sedikit tergugat dan ingin menyokong pembinaannya :-) . Alasan untuk penubuhan adalah untuk wujudkan peluang pekerjaan dan bantu ekonomi. Tahukah anda, apabila Disneyland dibina, keuntungan akan disalurkan juga kepada Konglemerat The Walt Disney Company yang diterajui oleh Robert Alan Iger yang merupakan seorang Yahudi?  Sebenarnya, dengan pembinaan Menara Warisan ini sendiri mampu untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berbanding Disneyland. Pertama, peluang untuk kontraktor tempatan sewaktu pembinaan. Selepas pembinaan, menara ini dapat menjadi pusat penjanaan ekonomi.


Subsidi

Ramai yang kata, daripada kita bina bangunan ni, lebih baik kita berikan subsidi kepada rakyat yang "menderita". Nampak macam baik kan? tapi sebenarnya, saya kira, permohonan ini dikira sebagai satu permintaan yang mementingkan diri sendiri. Kita sanggup biarkan negara menderita, semata-mata untuk kesenangan kita. Dan, keuntungan dari pembinaan ni, bukan masuk dalam poket PM pun, yang akan dapat keuntungan adalah rakyat jugak. 
Analogi mudah saya berikan, bayangkan negara kita sebagai seorang ibu dan rakyat adalah anak-anaknya. Kita sebagai anak tidak benarkan ibu keluar bekerja untuk mencari rezeki dan kita hanya mahu ibu menghabiskan masa menjaga kita sahaja di rumah. Keadaan sama juga berlaku, kita taknak benarkan negara "mencari rezeki" yang kemudiannya, rezeki tu akan disalurkan kepada kita juga, namun kita hanya mahu kekal duduk celah ketiak ibu saja.
Dan tahukan anda, Malaysia akan muflis pada 2019 jika berterusan memberikan subsidi kepada rakyat kita..

Kronisme

Setiap projek kerajaan, mesti dikatakan akan diberikan kepada kroni. Secara jujur, saya tak nafikan, akan berlaku karenah birokrasi dalam soal ini, namun, sebagai rakyat, kita sepatutnya menggunakan saluran yang betul jika kita mempunyai syak kepada kerajaan dan tidak terus menuduh. Ini sekaligus dapat menjatuhkan nama kerajaan dan juga nama negara.





Sebenarnya, banyak lagi ingin dicoretkan, namun dalam keadaan demam + selsema, mood menulis tu pun dah kurang....



But, you seems like one..





4 comments:

Anonymous said...

Kesian la kat hang. Aku komen sikit na. Aku rasa hang tau sapa aku. Haha

Pada aku memang aku sokong menara warisan neh. Tapi dari segi pengurusan je aku tak berkenan. Memang takdak bukti nak tuduh tapi rekod2 lampau menunjukkan banyak duit hilang ditangan individu2 durjana yang sepatutnya jadi dana kepada sesebuah projek.

Anonymous said...

salam..

economically yes, govt project will create lot of money, lot of job opportunities and lots of bla3..

BUT...

sejauh mana rakyat akan merasa hasil projek giga tersebut..

ak pn x setuju kalau nak bykkan sekolah.. just, sistem pendidikan yg perlu diubah.. menteri sendiri pn xnak hantar anak dia kt skolah kerajaan.. btol x? dia pn x yakin dgn sistem pndidikan kerajaan. duet blambak 2 boleh la gna utk improve sistem pendidikan 2..

disneyland lg la ak x setuju, baik bykkan masjid kan??tp ak rasa mmg trend kat msia org rajin bina masjid.. masjid kristal.. masjid besi.. masjid kayu n mcm2 lg jenis masjid.. tp yg x rajin nak pgi masjid tu.. see the point?? akhlak merosot.. kalau guna duit tu utk improve akhlak msyarakat kan lg bagos.. mcm KLCC, ak tgk bsepah je couple lepak2, dating2 kat ctu.. "bagus" kan akhlak dorg.. xde org nak cegah ke? ke mmg tmpat 2 dibina khas utk org2 mcm 2??
kesian kt muda mudi kita.. baik la guna duit tu utk tlg dorg..kn?

ak x yakin investment ni mnguntungkan rakyat.. sejauh mana krajaan boleh salurkan ke saluran yg betul??
makcik ak kerja dgn scomi cerita mcm2.. kroni la.. rasuah la.. and mcm2 lg.. bukan nk tuduh tp kebenaran..tp kalau mkcik ak tipu ak xleh nk kta ap la.
lg besar projek.. lg byk kroni dpt.. lg byk rasuah.. n lg byk bla3..
rasuah negara kita ni mnjadi2.. sudah terang lg bersuluh dgn spotlight.. ahaha.. sbb 2 ak x yakin gak GST dpt improve living standard walaupun economically yes..

bangunan pencakar langit..
bina masjid utk dimegah2kan..
rasuah mnjadi2..
smua ni tanda2 nk kiamat..
org msia mmg rajin kumpul tanda2 kiamat kan..mcm kumpul setem.. hahaha.. mmg x sedar diri..
mmg kiamat 2 x leh elak.. tp kelakuan 2 mmg nmpak ketidak sedaran diri mereka.,. kan??

cukup la setakat ni.. ada kerja mau dibuat..ni pndapat sendirian berhad.. no offense

wassalam

-islam is the solution-

Anonymous said...

aku pun sokong gak menara tu di bina. firstly, kt rakyat malaysia sebenarny x rugi apa2 pun. mcm pm da ckp, project dibiayai spenuhny oleh pnb, dan bkn ny guna duit cukai rakyat. hasil dr keuntungan pelaburan pnb tu yg di gunakan utk buat bgunan tu. n kerajaan da bg jaminan yang simpanan pelabur2 dlm pnb x di kaco langsung. so, apa yg kt nk bising2 sal kebajikan rakyat, disneyland and bla bla bla... coz duit tu bknny duit kerajaan. analogi, kt nk bina bagunan pakai duit sendiri, pastu ade plak org luar yang bising suruh duit kt tu guna utk benda2 laen. kalo benda tu da mmg hak kt, biarla. sama la mcm pnb, duit pnb yg nk bina menara tu. bknny duit rakyat. so hak pnb la nk bina ke tak. yg kt bantah nk buat ape, sedangkn benda tu bukan hak kt.plus kt dpt benefit lg dr bangunan tu ble da siap.

kerajaan umumkn dlm bajet sebab, tapak bangunan tu ats tanah kerajaan. tp pm x kata pun benda tu hasil dr duit kerajaan. ramai yg salah anggap n cepat melatah sal benda ni. benda ni hasil inisiatif pnb sendiri n kerajaan hanya luluskn je.

bnyk yg aku tgk x paham apa yg di bangkang. benda ni benefit utk economy negara and rakyat x rugi ape2 pun sbb bukn hasil dr duit rakyat...

kiwi

Qusyairi Hashim said...

Anon1 : motif kesian kat aku? Bab masalah integriti, lebih baik kita jangan sentuh, kalau tak buat projek ni sekali pun, kalau orang nak "selit" duit masuk poket, dia tetap akan "selit".

Kalau kita boikot projek ni pasal masalah integriti, aku rasa kita kena boikot semua projek yang kerjaan buat...


Anon2: aku setuju dengan statement terakhir ko, ISLAM IS THE SOLUTION, in the same time, islam requires us to find a solution and not blaming others for problems that occured. Seingat aku, ustaz aku pernah sebut, kalau berlaku sesuatu masalah, dan kita menyalahkan perkara lain terhadap berlakunya masalh itu, itu termasuk dalam kekufuran. Contoh, aku accident, dan aku cakap, kalau tak naik moto, mesti tak accident, itu termasuk dalam kekufuran.
Sama macam kes ni, ko salahkan KLCC untuk maksiat yang terjadi.

kalau bab guna duit untuk betulkan akhlak, aku rasa dah banyak program kerajaan lakukan, tapi tertakluk kepada individu untuk terima. Nabi dulu waktu berdakwah sekalipun, tak gunakan dana kewangan yang besar untuk betulkan akhlak sebaliknya duit Nabi guna untuk logistik dan sebagainya,,,

bab kroni n rasuah, jawapan sama cam aku bagi kat Anon1

bab tanda-tanda kiamat, kita tak boleh halang kiamat dari berlaku even kalau kita tak bina bangunan. Ini Mubram, memang tak boleh diubah. Analogically speaking, orang kata, dengar bunyi cengkerik, maksudnya dah nak hujan. Kalau aku bunuh semua cengkerik tu sekalipun, adakah hujan tak akan turun? Saya katakan tidak..