La Isla Bonita 2 : Nasyid











Sambil2, baca posting ni, on la lagu kat atas tu...


Tatkala sedang mendengar lagu nasyid berbahasa Arab, terkenang pulak aku atas percubaan aku satu ketika dahulu untuk berkecimpung dalam bidang per-nasyidan ni kat maktab satu ketika dahulu.
Wajah-wajah penasyid : dari kiri ; aku, Afif Sani, Faiz, Asyraf Skod

Sebelum aku pergi jauh mengisahkan perihal nasyid ni, aku perkenalkan antara penasyid-penasyid dalam team aku, that is, aku, Afif, Faiz, Skod, Panjang, Rabani, Irwan(Alien). Dan, ahli-ahli yang menyertai team aku ni semua terkenal atas kesirkularan mereka dan menjadi antara pelopor kepada satu jenis lawak di maktab yang dikenali sebagai Lawak Murtad (untuk maksud lawak murtadd, sila refer posting La Isla Bonita yang lalu). Dan sebelum aku terlupa, kami ada mendapat bantuan dari Syamil untuk tulis lirik kat kami.

Kisah bermula bila kami tengok ada iklan untuk pertandingan nasyid, rasanya peristiwa ni jadi dalam lingkungan usia kami form four kot. Dan pada ketika itu, kami semua memang ghairah untuk aktif dalam pelbagai aktiviti luar kelas ( kami tak tahu kenapa, yang pasti bukan pasal sijil, rasanya pasal nak dapat nama je kot), dan waktu ni juga la Sketch Act ditubuhkan, tapi aku akan sentuh pasal sketch act lain kali.

Jadi kami dengan bersemangat join, dan team kami merupakan satu team that does not have association whatsoever dengan institusi kemasjidan, dan membuatkan the only team sirkular yang daftar.

Walaupun sirkular, kami merupakan satu-satunya team yang berani untuk mendendangkan nasyid bahasa arab eventhough tak ada seorang pon dalam team kami yang pernah mendapat basic dalam bahasa arab mahupun mampu bertutur dalam bahasa arab, apatah lagi mendendangkan lagu dalam bahasa berkenaan.

Kalau tak silap, kami tak ada lagu ni, so time tu Afif dengan gigih suruh orang send kat dia (tak pasti samada MMS atau emel). Bila dah dapat lagu, kami ada masalah dengan lirik, mestila dalam golongan berpendidikan arab rendah seperti kami ni, tak dapat nak catch up dengan dengar lagu sahaja. Kemudian, kami terpaksa memanggil seorang sahabat yang semi sirkular (Syamil) untuk membantu. Dia tak join team kami sekali sebab dia tergolong dalam golongan atasan surau (pada ketika itu), dan masuk team dengan team hebat sahaja.

Lirik terpaksa ditulis dalam tulisan Roman disebabkan kami tak nak ambik masa struggling untuk baca tulisan arab Syamil yang ala-ala khat kelas atasan tu. Dan kemudian, bermula lah sesi latihan kami. Masa petang yang sepatutnya digunakan untuk tidur, telah kami habiskan dengan penuh kegigihan berlatih kat bilik study. Bila cakap pasal bilik study, aku rasa nasyid ni time aku form five kot(fakta awal kat atas void), sebab kami berlatih kat bilik study blok junior untuk mengelakkan kena kutuk dengan rakan sebaya.

Pada hari pertandingan, kami pergi mendaftar kat dewan maktab yang vogue tu. Bila jumpa ustaz Fahmi untuk daftar, dia reject nama kumpulan kami. Nama kumpulan adalah Hasyashin, yang diberikan oleh Afif Sani sebab beliau katakan Hasyashin ni adalah Assassin dalam bahasa Arab. Ustaz kata nama tu sepanjang beliau belajar bahasa arab tahap tinggi tak pernah dengar pon, so nama tu ditolak dan digantikan dengan nama lain (aku tak ingat nama apa, sebab main tangkap muat je).

Lead singer adalah Rabani dan Panjang dan yang lain just pelakon tambahan sahaja. Selesai pertandingan, kami terasa seperti underdog memperlihatkan kepada team-team bukan sirkular yang lain. Tatkala keputusan diumumkan, alhamdulillah, kami berjaya memperolehi tempat keempat daripada......................................................................................EMPAT PASUKAN....

Ps: kekalahan bukan sebab aku.....

Sekian. 

1 comment:

- zuriey - said...

teringat zaman dulu ker? saya pernah gak jadi vokalis nsyid masa tadika..hampa tak menang..hehe