EPILOG GERONIMO


Tepat jam 6.30 petang waktu tempatan, Pengarah CIA, Leon Panetta telah menghubungi pasukan Naval Special Warfare Development Group ( Devgru) untuk mengetahui mengenai perkembangan untuk program penangkapan Geronimo di bawah Operation Neptune’s Spear.


Panggilan dari Virginia itu merupakan antara panggilan terpenting dalam sejarah apabila soal hidup dan mati penjenayah paling dikehendaki dunia menjadi topic utama.

“ Status?” jargon ringkas tentera yang difahami oleh segenap bilik operasi di Jalalabad yang rata-rata dari kalangan askar US Navy SEALs, kecuali untuk pemain utama Operation Neptune’s Spear, Thor, yang sudah terbiasa dengan bahasa Dewa Dewi  Asgard.

“ Semua dalam keadaan terkawal, kami sedang mempersediakan Thor untuk terbang ke Abbottabad pada malam ini”, ujar Timbalan Pegawai Pemerintah, William McRaven, yang juga Pengarah Operation Neptune’s Spear.

“Selain Thor, bagaimana dengan pasukan kita yang lain? Ianya tidak mudah jika kita ingin menyatakan pada media, The Son of Odin  yang menangkap Osama”,  tanya Panetta, gusar, perancangan maha besar Amerika akan kelebur tanpa penipuan biasa mereka.

“Itu semua telah termasuk di dalam perancangan kami Tuan”, jamin Kolonel Joseph Branson, yang menjadi orang kanan kepada McRaven.

“Serangan kita akan dimulakan dengan ketibaan Thor di luar perimeter kediaman bin Laden dengan menggunakan Mjöllnir. Kemudian, selepas lima minit ketibaan Thor, dua buah helikopter Blackhawk yang akan membawa dua dozen tentera kita akan tiba di Abbottabad dahulu sebelum kedatangan 55 tentera Komando yang akan terbang dari Pengkalan Udara Ghazi”, briefing ringkas Branson kepada Panetta.

“Seterusnya?”, soal Panetta.

“Maafkan saya Tuan, untuk menjamin integriti dan kelancaran projek ini, maklumat mendalam hanya dapat diakses oleh Tuan Presiden Barrack Obama dan Tuan Setiausaha Pertahanan, Encik Robert Gates.”, sampuk McRaven yang bimbang, Branson akan melanggar arahan rasmi dari Tuan Presiden.

“Baiklah, kami di sini akan terus memantau sebarang perkembangan lanjut untuk makluman Jalalabad, mungkin ada kebodohan seperti dilakukan Abu Ahmed akan berulang”, katanya sambil berketawa kecil merujuk kepada komunikasi antara Sheikh Abu Ahmed dan bin Laden yang membawa kepada pertemuan kediaman mewah bin Laden di Abbottabad.

***************************************************
Kelihatan di dataran Ghazi, Thor yang sedang berjalan mundar-mandir mengelilingi sebuah pesawat F-22 Raptor sambil membaling dan menyambut Mjöllnir bagaikan permainan boomerang. Terpancar rasa kegusaran pada wajah beliau yang baru kali pertama berkhidmat di Timur Tengah.

“Takut?”, tanya Sarjan Tony Groth, pegawai tentera muda tinggi lampai, dengan wajah seakan-akan coverboy bagi majalah The Advocate. Beliau kemudian memegang tangan Thor sambil mengajaknya untuk duduk bersama.

“ Ini merupakan kali pertama saya melakukan operasi seperti ini, dan saya baru sahaja tiba dari Asgard, jetlag selepas perjalanan dengan Bifröst pun masih ada”, kata Thor memulakan bicara.

“Secara jujur, saya tidak yakin dapat melaksanakan misi ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh Dr. Manhattan”, ujar beliau merujuk kepada kejayaan Dr. Jonathan Osterman, yang telah membantu Amerika Syarikat dalam perang di Vietnam satu ketika dahulu.

“Jangan risau Thor”, kata Sarjan Groth sambil mengusap-ngusap bahu Thor. “Saya yakin, lelaki bertubuh sasa seperti anda, jauh lebih baik dari lelaki bogel berbadan biru itu”, Groth cuba untuk menenangkan Thor.
           
       “Terima kasih Tony, awaklah yang banyak menyokong saya setibanya saya ke sini. Saya sangat menghargai awak”, kata Thor. “ Sebenarnya, awaklah yang merupakan satu-satunya pemberi semangat untuk saya meneruskan perjuangan saya di sini”, kata Thor sambil mengusap lembut pipi Groth. 

             “Thor”, kata Groth sambil memegang erat tangan Thor, “Saya mempercayai kamu, dan saya tahu, kamu dapat melindungi kami semua, seluruh kepercayaan saya hanya padamu, sayangku.” Sambil mengucup tangan Thor, Groth melepaskan tangan Thor perlahan-lahan. “Pejamkan matamu, dan biarkan bunyi angin menenangkan minda kamu”, pesan Groth.

*****************************************************

            Tepat jam 10 malam, semua yang terlibat dengan Operation Neptune’s Spear berkumpul di dataran utama untuk mendengar briefing terakhir daripada General McRaven.

            “ Setelah kegagalan di Tora Bora, ini merupakan operasi penangkapan terbesar yang diluluskan oleh Tuan Presiden, segala kejayaan dan kegagalan operasi ini, akan bergantung kepada sejauh mana anda mampu untuk mencapai segala yang mustahil”, ucap McRaven. “Adakah anda bersedia!!!??”,

            “HOOAH”, jeritan semangat yang memenuhi keseluruh dataran utama pada malam dingin itu.

            “Dan, harapan kejayaan utama kita terletak kepada orang muda ini, Thor, yang akan menjadi gambaran terakhir yang bin Laden lihat sebelum matinya pembunuh rakyat Amerika itu”, ujar McRaven sambil menepuk-nepuk bahu Thor. “Kami yakin dengan kuasa Mjöllnir yang telah berjaya menyelamatkan New Mexico dari jajahan The Destroyer dulu.

            “Masanya telah tiba, General”,  Kolonel Branson mengingatkan kepada McRaven.

            “Baiklah”, McRaven bersetuju, lantas mengeluarkan sebuah kotak berwarna biru yang bercahaya.

           “Dengan segala kuasa dari Tesseract ini, saya William McRaven, mengarahkan, Thor, The Son of Odin untuk menembusi sempadan Pakistan, untuk ke Abbottabad dan memusnahkan bin Laden Sang Durjana, dengan segala kuasanya, kuseru!!!”, seru McRaven mendapatkan sepenuh kuasa dari Cosmic Cube yang diperoleh kerajaan Amerika Syarikat dari seorang warga Jotunheim, Loki.

            Sebalik diseru kuasa dari Cosmic  Cube berkenaan, Thor, dengan menggunakan tukul Mjöllnir beliau, terus terbang menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.  Pada masa yang sama juga, keseluruhan pasukan Komando yang terlibat memburu target Geronimo berlepas menuju ke kediaman bin Laden. Dengan kepantasan Thor, beliau dijangkakan untuk tiba jauh lebih awal berbanding yang lain. Ketibaan beliau yang lebih awal sangat penting, kerana, beliau diminta untuk menggunakan kuasanya sebagai The God of Lightning untuk menggelapkan kawasan Abbottabad bagi mengelakkan musuh mengesan kumpulan tentera Amerika.

            Sejurus selepas itu, maka berlepaslah dua buah Sikorsky UH-60 Blackhawk yang dipandu oleh gerakan elit, 160th Special Operation Regiment. Pesawat yang digunakan bukanlah pesawat UH-60 biasa, sebaliknya telahpun diubahsuai dengan bilah belakang tambahan yang hampir sama dengan teknologi pesawat Lockheed F-117 Nighthawk membuatkan ianya berupaya untuk mengelak dari dikesan oleh Radar Pak Fiza’ya milik Pakistan.

*********************************************************

            Pada jam 12.45 pagi, Thor tiba di luar kediaman bin Laden. Beliau menyorok dibelakang tembok 5.4 meter yang dilindungi dengan kasa dawai. Dan pada ketika itu jugalah, dengan menggunakan kuasa Mjöllnir, Thor telah membuatkan keadaan gelap dan dilitupi dengan awan beserta petir dan kilat sabung-menyabung. 

            Tepat jam 1.00 pagi, pesawat Blackhawk Amerika Syarikat tiba di kediaman mewah Osama bin Laden. Ketika Thor sedang ghairah mengawal cuaca disitu, beliau telah terkejut dengan kehadiran tentera Amerika dan dengan tidak sengaja, telah menyambar kedua-dua buah helicopter yang bernilai US$ 44 juta itu dengan kilat. Namun, mereka beruntung kerana Thor menyambarnya setelah semua komando keluar. Helikopter berkenaan musnah dan dibiarkan begitu sahaja di ruang utara kediaman bin Laden.

            Sejurus selepas insiden berkenaan, Thor bersama-sama beberapa orang askar SEALs, telah menembus masuk ke Kamar bin Laden yang terletak di bahagian utara bangunan. Mereka telah memecah masuk ke bilik dengan cermin legap itu dengan satu hentakan menggunakan Mjöllnir milik Thor.

            Seperti yang disangka, Osama berada di bilik berkenaan. Meskipun begitu, itu tidak bermakna ianya merupakan kerja mudah bagi tentera Amerika Syarikat. Pemimpin berusia 54 tahun itu telah dikawal oleh sekurang-kurangnya 30 orang tentera yang melindungi beliau dengan senjata moden sofistikated dan bukanlah sekadar dengan AK-47 seperti militant murahan lain.

            Sedar akan ketidakmampuan mereka untuk berlawan menggunakan senjata biasa, General McRaven yang telah mendapatkan latihan penggunaan Cosmic Cube di Jotunheim oleh Raja Jotunheim sendiri, Laufey, McRaven telah mengambil keputusan untuk membekukan lawaannya menggunakan Cosmic Cube yang berada ditangan beliau. Maka, gugurlah, puluhan askar-askar berjubah putih yang bersama Osama.

            Bimbang akan risiko bahawa info bahawa mereka menggunakan bantuan mistik untuk membunuh Osama mungkin diketahui oleh pihak Wikileaks, McRaven sedar, beliau tidak dapat menggunakan Cosmic Cube untuk membunuh Osama kerana bimbang laporan autopsy mungkin menunjukkan bahawa Osama meninggal dek hypothermia. Maka, beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan tugas membunuh Osama bin Laden kepada Thor.

            Ketika itu jugalah, pelbagai perkara yang terlintas di benak Thor. Bagaiman beliau telah disumpah oleh ayahnya sendiri tatkala beliau melakukan kekacauan di Jotunheim satu ketika dahulu. Beliau berfikir, apakah ayahnya akan merestui perbuatannya itu. Beliau tertunduk lemah, dan menjatuhkan Mjöllnir. Namun, pada ketika itu juga, beliau teringat akan kata-kata kekasihnya, Tony, yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau. Ketika itulah, segala semangat beliau bersatu dan beliau mencapai tukul yang dijatuhkannya tadi, lantas, terus bergerak maju ke singgahsana Osama.

            Dengan satu hayunan, beliau telah mencabut nyawa dari Pengasas Gerakan Mujahidin Khartoum itu. Maka, tamatlah nyawa seorang penjenayah yang telah membunuh hampir 3000 nyawa penduduk Amerika Syarikat pada tanggal 11 September 2001. Jeritan GERONIMO EKIA, memenuhi bilik berkenaan, menandakan, gugurnya seorang musuh dunia.

*********************************************************

Good evening.  Tonight, I can report to the American people and to the world that the United States has conducted an operation that killed Osama bin Laden, the leader of Al Qaeda, and a terrorist who’s responsible for the murder of thousands of innocent men, women, and children.

It was nearly 10 years ago that a bright September day was darkened by the worst attack on the American people in our history.  The images of 9/11 are seared into our national memory -- hijacked planes cutting through a cloudless September sky; the Twin Towers collapsing to the ground; black smoke billowing up from the Pentagon; the wreckage of Flight 93 in Shanksville, Pennsylvania, where the actions of heroic citizens saved even more heartbreak and destruction.

And yet we know that the worst images are those that were unseen to the world.  The empty seat at the dinner table.  Children who were forced to grow up without their mother or their father.  Parents who would never know the feeling of their child’s embrace.  Nearly 3,000 citizens taken from us, leaving a gaping hole in our hearts.
Let us remember that we can do these things not just because of wealth or power, but because of who we are:  one nation, under God, indivisible, with liberty and justice for all.
Thank you.  May God bless you.  And may God bless the United States of America."

*********************************************************
            “Terima kasih Thor”, ucap Tony, “Kita mungkin tidak dapat lakukanya tanp….”
            “Shhh…..”, Thor meminta Tony berdiam sambil meletakkan jarinya ke mulut Tony. Dan, terus menutup jendela hotel mereka di Marbella, Costa del Sol.
**********************************************************
TAMAT



No comments: