Sejurus selepas Karak direleasekan semalam, aku telah menggihkan diri untuk menonton beliau. Dan seperti mana penonton-penonton filem Malaysia, aku ada rasa tak puas hati dengan filem ni dan seperti mana pembuat filem Malaysia (dalam kes ini, mereka digelar Penyeram).
Setelah kejayaan filem Merong Mahawangsa menangkap hati aku sebagai seorang yang sentiasa berpandangan keji terhadap filem Malaysia dan setelah filem Dilarang Masuk membuatkan aku memaki-hamun filem bergenre seram, maka Karak dijadikan satu sinar harapan kepada aku untuk kembali mempercayai filem seram di Malaysia.
Antara masalah-masalah tentang filem Karak :
1. Pak Cik Mintak Sedekah Tengah Jalan
- Loghat yang digunakan dan cara cakap yang hampir sama dengan Pak Salam Erwijoko Anuar.
- Motif ada pemintak sedekah dekat atas jalan kat Malaysia? Kondisi sebegitu hanya boleh dilihat kat Indonesia, Kemboja atau negara2 lain selain Malaysia je. Sepanjang 20 tahun aku diberikan kerakyatan Malaysia, tak pernah sekali pun ada orang minta sedekah kat atas jalan
2. Volkswagen Kuning.
Sebagai rakyat Malaysia yang sering ditakut-takutkan dengan kisah seram, maka kita sudah biasa dengan kisah kereta Volkswagen Kuning. But the thing is, benda tu jadi dekat area Jelapang. Mana ada cerita Volkswagen kat Karak. Kalau betul nak buat movie pasal urban legend kat Malaysia, do your studies first. Dan dalam keadaan harga minyak semasa yang meningkat, tak mungkin pemandu Volkswagen Kuning tu mampu untuk memandu ke Karak dari Jelapang, jauh kot...
3. Rumah tengah hutan
Ke-choyy-an seperti ini bukan sekadar dipamerkan oleh filem tempatan, tapi oleh filem luar negara. Segala permulaan plot kisah seram mesti bermula dirumah "angker" yang depa jumpa tengah hutan. Choy!!
4. Kebodohan Melampau
Setelah eksiden, depa telah bermalam pada waktu malam, sementara menunggu malam menjadi siang dirumah Tok Malam. Dan, ada seorang wanita gedik bernama Ida (kalau dalam cerita omputih, Ida adalah a bitchy bitch yang membuatkan semua orang ingin menampar/merogol beliau), yang bila dah sampai, dengan konfidennya pi mandi kat toilet belakang rumah Tok Malam (dalam 20 meter) yang sunyi dan dalam hutan.
Memang la aku tak keluaq, I'd paid 10 ringgit for this damn movie!! |
Kebodohan ni tak lah sampai ketahap kebodohan cerita Dilarang Masuk (apabila budak2 tu tetap nak tidoq kat rumah tinggal yang ada dua orang mayat kat dalam tu), tapi tetap bodoh jugak la. Lepas tengok scene ni, aku cakap dalam hati begini, (dengan slang utara yang pekat) : awat hang bodo sangat, dah la baru lepas eksiden sebab jumpa hantu, lepas tu, hang dok gatai teloq nak mandi kat belakang qumah tu pasaipa??.
5. Kopi-pasta Khurafat (or any other films)
Pertama sekali, aku nak memohon maaf kepada yang belum tengok, aku nak komen pasal last scene.
Pertama sekali, aku nak memohon maaf kepada yang belum tengok, aku nak komen pasal last scene.
Aku taulah Khurafat had been a success, tapi, tak perlu la buat filem yang hampir sama ending-nya. Rupa-rupanya, tiga orang tu dah mati, depa jadi roh, dan budak Shahir AF tu boleh tengok mayat sendiri. *Sigh*, are we having a brain drain or what?
Secara keseluruhan, movie ni agak ok, tapi, kalau tengok kasta antara Hikayat Merong Mahawangsa dengan cerita ni, memang banyak beza. But, all and all, I do recommend you to watch this movie (on a Wednesday).
Perbezaan antara Merong dan Karak |
1 comment:
Saya cari review pasal movie Karak. Then I found this blog ;) Review paling jujur saye rase :)
Post a Comment