Apa yang anda perlu tahu mengenai seorang Qusyairi Hashim

Disebabkan kebosanan melampau, saya akan menghabiskan masa2 terluang untuk sedikit sebanyak memuji diri sendiri. Dan kepada mana-mana pihak yang ingin menerbitkan unauthorized biography, anda dipersilakan untuk berbuat sedemikian rupa.

Saya dilahirkan pada tanggal 9 Ramadhan 1411 Hijrah. Dan, kelahiran pada bulan ramadhan ini mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada budi pekerti mulia yang saya miliki kini.

Sebagai seorang yang dibesarkan di kawasan kampung, saya merupakan seorang yang sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti kampung boy seperti memanjat pokok kelapa, mandi sungai, menangkap ikan di sawah, bermain teng-teng, congkak, lastik dan sebagainya, saya tidak terlibat dengan apa2 aktiviti2 lasak kampung kerana ingin menjaga kelembutan kulit menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik (ya, saya merupakan seorang nerda)

Pada usia 5tahun, saya telah didedahkan kepada pusat pengajian islam, iaitu sebuah taska berkonsepkan kindergarten muslim, PASTI. Ketika inilah, saya belajar mendekati Islam dan tidak keterlaluan, budi pekerti mulia yang saya ada kini, bertitik tolak dari pendidikan disini.

Sebenaqnya, aku dah mengantuk, so, takat ni je la, bye.... >_<

3 comments:

KNA said...

hang makin poyo wehhh... :P

Qusyairi Hashim said...

kunor : memang dah semulajadi, susah nak buang sifat ni. haha..

myzara said...

sekolah rendah, anda nerd? hurmm. -.-"