Kedah ada disko ke?

Merujuk kepada satu keratan akhbar , pihak kerajaan negeri Kedah telah mengambil keputusan untuk melaksanakan undang-undang menutup semua pusat hiburan dan disco di dalam negeri Kedah  sempena Ramadhan yang menjelma.

Tapi, bila pikiaq balik, aku rasa tak banyak pun pusat hiburan kat Kedah (lain la macam Penang, dah macam Malaysia's Sin City dah). Rasanya, ada la beberapa pusat dangdut kat Kedah, tapi takat tu je la yang aku tau pun. Ok, kembali kepada matlamat asal aku post benda ni, perlukah kita buat tindakan macam ni?


Tak dinafikan, bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan perlu dihormati. Tapi, adakah tindakan membukak Kelab pada waktu Ramadhan adalah satu tindakan tak menghormati? (Please read this article with an open mind), kalau bukak disco dikira tak menghormati, maksudnya, selama ni, orang tak hormati Islam la dengan bukak disko kat Malaysia, am I right?


Kedua, mungkin tindakan ni adalah untuk memastikan orang kita menghayati Ramadhan sebaik mungkin. Sat2, Ramadhan adalah saat melatih Muslim untuk menahan diri dari lapar dan dahaga dan melatih kita untuk menjadi Muslim sejati.


Apa itu Muslim sejati? Hampa rasa, kalau ada orang keluaq masuk masjid lima kali sehari tu Muslim sejati ke? Hampa rasa, orang yang ada tanda lebam kat dahi sebab solat tu Muslim sejati? atau, orang yang keluaq masuk penjara, pub, kelab tu memang kat dalam confirmed list sebagai ahli neraka. To be frank, as a human being, we'll never know. Tapi kita tau, setiap kebaikan, akan membuatkan kita mendekati pencipta.

Memetik Imam Ghazali dalam kita Ihya' Ulumiddin, ada puasa yang dinamakan sebagai puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus. Cuba kita bayangkan satu situasi, kita dok tengah padang pasir, alone and without food, waktu bulan puasa, adakah tindakan kita tak makan tu disebabkan adaptasi keadaan ATAUPUN puasa? Sudah tentu adaptasi keadaan jadi prioriti, kenapa? MEMANG LA MANGKAQ, SEBAB WAKTU TU TAK DAK MAKANAN.

Nampak? Keadaan menyebabkan kita melakukan ibadat tu. Sama la dengan kes tutup disko, kita tak pi bukan sebab kita posa, tapi sebab tutup, memang pasti la tak dapat pi.

Kesimpulannya................. sebenaqnya tak dak kesimpulan pun, aku saja je nak meroyan malam-malam ni, selamat malam semua.



No comments: