Muhasabah Ogos

Dalam kemeriahan pesta ibadah pada Ramadhan pada kali ini, ada diantara kita yang terlupa mengenai Aidilfitri dan juga kemeriahan kemerdekaan. <------------- |sila baca dengan nada sinis|

 Dan. dalam kebosanan saya menanti waktu sahur kelak, maka ingin diluangkan sedikit masa melihat kembali apa yang sedang,telah dan mungkin berlaku pada bulan Ogos yang tercinta ini.


 I am a Malay first, Malaysian Second Frasa ini pernah menimbulkan kontroversi terhadap nilai patriotisme seseorang terhadap negara kita, namun, pada bulan Ogos 2011 yang mulia ini, perkara ini telah dibuka dari selindungnya.

 Sedar atau tidak, berapa banyak iklan atau promo hari raya berbanding promo merdeka. There's a huge gap, isn't it? mudah, ini telah membuktikan bagaimana kita meletakkan bangsa nombor satu, dan negara nombor dua bukan nombor satu. Jangan nafikan apa-apa, ini adalah kenyataan.


  Homosexuality, cincin dan perarakan keamanan Tak perlu rasanya saya menerangkan dengan lanjut mengenai perkara ini. Kes-kes seperti ini telah menjadi zikir di televisyen mungkin lebih dari zikir seorang umat marhaen seperti saya.

 Waktu melompat-lompat di alam YouTube, terjumpa satu video Anwar Ibrahim pada Persidangan Agung UMNO sedang berjenaka dengan Tun Mahathir.

 Rindu, Ya, saya rindukan saat itu, ketikan tiada pergaduhan-pergaduhan bodoh, perebutan kuasa, ataupun tuduhan-tuduhan keanak-anakan. Ya, saya rindu saat ketika kita seperti satu keluarga, dan saya rindu, ketika saat keluarga ini sama-sama membantu saat susah dan senang.


  Afrika Benua yang mana kebanyakan saudara seagama dengan saya dan mungkin anda berada. Benua yang dikatakan rakyatnya hidup dengna basic simplicity, tanpa masalah untuk difikirkan. Ya, benua yang kita sangka rakyatnya tinggal diatas pokok satu ketika itu.

 Kini, benua itu sedang sakit, disakiti manusia, disakiti Tuhan. Libya bakal menyambut kemeriahan Syawal dengan jeritan dan rusuhan rakyat terhadap pemimpin. Mungkin sama seperti sambutan saudaranya di Mesir satu ketika dahulu.

 Ethiopia dan Sudan pula akan menyambung puasa Ramadhan mereka dengan Puasa Enam bermula 1Syawal, yang entah bila akan berakhir, namun pasti, ironinya, puasa enam mereka bukan untuk enam hari.


London Bapa Komanwel kita. Dia juga sedang sakit, sakit disebabkan serang hendap anak-anak kandungnya sendiri. Luka dalaman atau luaran yang tak mungkin lesap dalam masa yang singkat, seakan bom masa penunjuk kiamat semakin dekat.
--------------------------
Jika difikirkan semula, ini Ramadhan paling sukar, Ogos paling payah buat kita semua. Cabarannya lebih dari ogos-ogos lalu, susahnya besar berbanding ogos-ogos dulu. Ogos ini, merupakan cerminan terhadap siapa kita dahulu dan kini, Ogos ini merupakan pentas opera, kisah sedih dan pengorbanan semua, yang miskin mahupun kaya, yang dipimpin dan memimpin

Perbincangan mengenai isu ini di twitter dapat menggunakan hashtag #MuhasabahOgos

No comments: