Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Qusyairi Hashim

Di dalam penulisan segmen kedua setelah Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Seorang Qusyairi Hashim, penulisan kali ini akan menekankan kepada pemikiran Qusyairi Hashim ketika beliau merupakan seorang anak kecil satu ketika dahulu.


Penciptaan Dunia Hanya Untuk Qusyairi Hashim
Sebagai seorang anak muda yang naif, Qusyairi Hashim menyangkakan dunia ini diciptakan hanya untuk dirinya sendiri. Hal ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh sebuah filem, The Truman Show. Filem ini mengisahkan tentang hidup seorang Truman yang dirakamkan disebuah studio tertutup. Qusyairi Hashim tidak menyangkakan bahawa beliau di dalam rancangan realiti TV, namun, beliau merasakan bahawa the world revolves around him, yang mana, tanpannya dunia ini (i.e : orang lain, persekitaran) tidak akan bergerak.

Bagi memudahkan pemahaman mengenai pemikiran beliau, satu contoh dapat diberikan. Seorang sahabat Qusyairi Hashim hanya akan bergerak, bercakap ketika bersama Qusyairi Hashim. Sekiranya Ali tidak berada dalam lingkungan penglihatan Qusyairi Hashim, maka beliau akan menjadi kaku seperti patung, sehingga "wataknya" diperlukan semula dalam hidup Qusyairi Hashim.

Walaubagaimanapun, Qusyairi Hashim menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah penghidap Truman's Syndrome.


Angka 300 trillion dollar
Qusyairi Hashim mula sedar akan kewujudan angka kiraan "Trillion" pada usia lima tahun. Ketika itu, beliau sedang menuntut ilmu di salah sebuah madrasah tajaan parti pembangkang, PASTI. Dan selepas mengetahui mengenai kewujudan angka berkenaan, Qusyairi Hashim terus memasang angan bahawa beliau perlu menggenggam nilai wang sedemikian rupa.

Walaupun pada hakikatnya, angka berkenaan tidak mungkin diperoleh bagi sebuah negara, namun, sehingga kini, Qusyairi Hashim masih kekal dengan target yang sama untuk mendapatkan nilai itu dikala hayatnya,

Perdana Menteri
Dilahirkan pada zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad, Qusyairi Hashim menjadikan Tun Mahathir sebagai idolanya. Dan sehingga kini beraspirasi untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Beliau telah mula memahami mengenai politik nasional seawal usia tujuh tahun, yakni, pada ketika itu sedang berlaku krisis reformasi yang dibawakan oleh DS Anwar Ibrahim. Walaupun beliau masih tidak tahu meliwat apa itu liwat pada ketika itu, namun, beliau telah menyokong kuat DS Anwar dan merasakan DS Anwar berada pada pihak yang benar (secara jujur, beliau masih menyesal dengan tindakannya hingga sekarang). OK, kena stop sekarang, tiada komen politik pada penulisan ini...

Dan bersambung kepada Qusyairi Hashim, beliau berimpian untuk menjadikan Malaysia sebagai kuasa besar dunia, dan menyambung tindakan penjajahan kerajaan lain. Dan, sebagai anak kecil, beliau menyokong kuat gaya pemikiran Niccolo Machiavelli dan Adolf Hitler.

Antara impian beliau sejak kecil adalah untuk melatih pasukan pelindung khas untuk dirinya sendiri a.k.a bodyguards. Pengawal yang dirancang beliau adalah terdiri daripada bayi-bayi yang memang di-adopt sejak kecil dan dilatih sambil diajar untuk menumpahkan sepenuh taat setia pada beliau. Pasukan keselamatan ini juga, beliau harapkan untuk dikembangakan sebagai Tentera Elit Kerajaan.

Selain itu, beliau juga mempunyai impian untuk mengembangkan penggunan tenaga nuklear Malaysia dengan projek pembangunan nuklear di Borneo.

Unsur KeTuhanan
Qusyairi Hashim mempunyai pemahaman terhadap keTuhanan yang agak aneh. Namun, demi menjaga sensitiviti, pemikiran beliau ketika kecil itu tidak akan dibicarakan disini.

Seks
Qusyairi Hashim tidak berfikir mengenai seks semasa kecil.

Pembangunan Ilmu Pengetahuan
Ketika kecil ,Qusyairi Hashim berpegang kepada konsep bahawa dunia dapat didominasi melalui ilmu pengetahuan dan kepandai.

Oleh sebab yang sedemikian rupa, beliau telah mengawal dirinya daripada bergaul bersama sahabat handai yang mempunyai kadar intellektual yang lebih rendah darinya. Hal ini telah menyebabkan beliau hanya mempunyai seorang childhood friend, iaitu Saudara Aqryil Faeez.

Ego-isme
Jika anda mengenali Qusyairi Hashim pada hari ini merupakan seorang yang sangat merendah diri, beliau merupakan orang yang berbeza pada zaman kecilnya satu ketika dahulu.

Antara pembuktian sifatr egoisme beliau selain tidak bercampur gaul dengan orang yang lebih rendah kadar intellektual berbanding beliau, Qusyairi Hashim turut secara terbuka mengeluarkan komen kepada guru beliau ketika Darjah Satu untuk tidak mengajar apa yang diajar kerana beliau sudah mengetahui dengan mahir topik berkenaan. Perilaku ini telah menyebabkan gurunya yang down disebabkan komen beliau di khayalak ramai telah melaporkan perkara ini kepada ibu beliau.

Selain itu, ketika Darjah Tiga, Qusyairi Hashim pernah disoalkan oleh saudara.Perbualan ini membuktikan sifat kepoyoan beliau sejak lahir. Dialog adalah seperti berikut.

Saudara : Sekarang dah darjah berapa?
Qusyairi Hashim : Darjah tiga
Saudara : Ohh.. Darjah tiga, kiranya tahun depan darjah empat la kan?
Qusyairi Hashim : Tak. Tahun depan darjah lima. 
Saudara : Awat pulak?
Qusyairi Hashim : PTS

buat yang tidak mengetahui, PTS merupakan Penilaian Tahap Satu, yang mana, lulus dalam peperiksaan berkenaan, akan melayakkan seseorang melangkau dari Tahun Tiga ke Tahun Lima.




Hal-hal yang dibincangkan diatas merupakan sedikit sebanyak yang anda perlu tahu mengenai Qusyairi Hashim. Walaubagaimanapun pemikiran Qusyairi Hashim ketika kecil dan se-psyko manapun beliau, diharap, dengan mengetahui fakta ini, persepsi anda terhadap Qusyairi Hashim tidak akan berubah. Kerana Qusyairi Hashim pernah berkata;

It's the past that molded you, but the present have the power to keep the shape and the future holds the right to make it better






No comments: