Inceptio Manaagement


Setelah berkecimpung didalam bidang peng-motivasian dan juga seminar kepada pelajar sekolah secara bebas sejak tahun 2007, kini, saya telah bergerak dibawah sebuah syarikat, Inceptio Management.

Secara jujurnya, idea penubuhan syarikat ini telah wujud sejak ratusan tahun lamanya, namun, seperti kebiasaannya, segala apa yang dirancang dengan rapi, acapkali tidak akan dilakukan dan hanya tinggal rancangan. Jadi, bagaimanakah Inceptio Management telah diwujudkan?

Segalanya bermula ketika saya dalam perjalanan ke MRSM Langkawi, untuk satu program alumni bersama pelajar pada Ramadhan yang lalu. Ketika di dalam perjalanan, idea menubuhkan syarikat ini telah "dijanan semula" melalui perbualan bersama Saudara Zufar Marwah, yang kini merupakan salah seorang rakan kongsi dalam syarikat berkenaan. Saudara Zufar telah beberapa kali mengikuti saya untuk program-program motivasi yang pernah diadakan disebelum ini.

Berpegang kepada konsep, jangan merancang dan just go for it, saya mula membuat beberapa panggilan telefon kepada sahabat-sahabat yang berpotensi untuk memajukan perniagaan ini bersama. Selesai program bersama Alumni di MRSM Langkawi, satu perjumpaan telah kami adakan sejurus tibanya saya semua di bumi Pulau Pinang. Perjumpaan pertama telah dihadiri oleh empat orang rakan kongsi(termasuk saya) dan seorang setiausaha khas, Saudara Haidar Ahmad.

Dari perjumpaan berkenaan, tapak untuk perancangan gerak kerja disediakan secara kasar dan satu lagi mesyuarat penubuhan telah dijadualkan dua hari selepas perjumpaan berkenaan.

Mesyuarat penubuhan telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada bulan Ramadhan yang mulia. Perbincangan dimulakan pada malam selepas solat terawih dan berakhir dengan sesi bersahur di Nasi Kandar Beratur pada keesokan harinya.

Dalam perbincangan berkenaan, pelbagai nama syarikat telah dicadangkan, sebagai contoh, PAradigm Consultancy dan sebagainya. Akhirnya, nama Inceptio dipilih. Inceptio adalah bahasa Latin, untuk perkataan Inception, sudah pasti anda pernah menonton Filem Inception bukan, jadi, filem berkenaan telah memberika definisi mencukupi kepada Inceptio.

Rakan Kongsi:
Berikut merupakan sedikit sebanyak maklumat mengenai rakan kongsi saya.

Normazuan Mustafa
Beliau merupakan salah seorang rakan pemimpin pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang. Berpengalaman dalam bidang penganjuran program-program motivasi sejak 2008. Merupakan Pengurus Cawangan Pantai Timur, Inceptio Management 

Asraf Mukhlis Amir
Sahabat pendebat daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Berpengalaman dalam pengurusan program motivasi dan seminar selama empat tahun. Memegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan kini sedang melanjutkan pelajaran beliau pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Media dan Komunikasi Merupakan pengurus Inceptio Bahagian Utara merangkap Pengurus Pemasaran.

Shahir Zulkeffli
Merupakan sahabat saya ketika di sekolah rendah satu ketika dahulu. Antara insan terawal yang membantu saya ketika saya bergerak secara bebas sejak 2007. Kini merupakan pelajar IJazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memegang jawatan sebagai pengurus bahagian tengah, Inceptio Management

Zufar Marwah
Beliau merupakan kenalan saya ketika di MRSM Langkawi. Sama seperti saudara Shahir, beliau telah membantu saya dalam beberapa siri seminar sebelum ini. Pelajar dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini merupakan pengurus bahagian Selatan, Inceptio Management.

Ini sahaja sedikit-sebanyak maklumat yang dapat dikongsi bersama anda pada hari ini. Bagi yang berminat untuk mendapatkan servis daripada Inceptio Management, sila lawati www.inceptiomanagement.com




No comments: