Review : Ombak Rindu, Misteri Jalan Lama, Hijab


Komen dalam satu perkataan : Lahar@choy@teruk dengan hierarki keterukan seperti berikut;


OK
boleh lagi la
filem seram terhebat? kepala otak hang

Dan mengapa?
-------------------------------------

Misteri Jalan Lama 

Maklumat Asas
Tempat tontonan : Golden Screen Cinema, East Coast Mall, Kuantan
Penonton : Qusyairi Hashim, Iqram Zulkifli, Shahrul Adzuan, Hamizan Hamzah, Nazrul Nasaruddin

Filem dimulakan dengan seorang ahli perniagaan yang sedang memandu kereta mewah beliau terlibat dalam sebuah kemalangan di sebuah jalan lama (yang saya sangat merasakan tu adalah sebuah highway), disebabkan ternampak seekor wanita berpakaian putih dan memegang anak dalam keadaan berlumuran darah. Beliau meninggal ditempat kejadian.

Flashback dilakukan 12 Jam sebelum kemalangan, menunjukkan beliau mempunyai anak yang berkelakuan ala-ala gayboy membantu perniagaan beliau (Que Haidar), dan seorang anak lagi (Hans Isaac) yang ghairah berjudi bersama seorang gangster dari Kodiang, Kedah.

Gangster Kedah bersama awek beliau. Damn!
Selepas kematian bapak mereka, anak yang seakan-akan gayboy ini acapkali diganggu oleh hantu wanita tua, berambut panjang bewarna putih, dan bergerak ala-ala Ju-on.

Sebagai seorang yang tak baca sinopsis filem sebelum menonton, I was pretty sure that this is a horror movie. Tapi, last sekali, &*#$ betul, ni bukan cerita hantu, ni hanya sebuah kisah mengenai askar bersampin songket, Raja yang memakai pakaian perang with nipples dan juga Vanidah Imran yang telah diburukkan wajahnya (hantu putih tadi). One thing about Vanida, dia boleh tukaq jadi wajah asal, tapi aku tak paham pasaipa dia mesti nak muncul dalam bentuk hantu tua yang sangat tidak MILF.

Nipples

Ambil perhatian pada songket
Mak Que Haidar 



All and all, kalau aku tau ni filem sci-fi, it's a 4-star, sebab tak tau, sebab tu aku kutuk.

Ombak Rindu


Maklumat Asas 
Tempat Tontonan : Golden Screen Cinema, Megamall Kuantan
Penonton : Qusyairi Hashim, Iqram Zulkifli, Shahrul Adzuan, Wu Daniel, Shafiq Abdul Rahman, Loshyini Dewi, Wan Mohd Hidayat, Qamaruddin Mohd Fauzi dan lain-lain (sebanyak hampir 30 tiket dibeli)


29 tiket. (Model : Abg Zaimi Noor)

Spoilers Alert!!

Sinopsis ringkas, movie ini dimulakan dengan babak Aaron Aziz membeli Maya Karin, seorang pelacur yang beliau taste selepas melakukan hubungan terlarang buat kali pertama. Kerana gusar akan dikongsi, maka, beliau telah membayar tiga kali ganda kepada broker untuk mendapatkan Maya Karin berkenaan. Maya Karin disimpan di sebuah rumah kosong milik Aaron Aziz dan dijadikan sebagai bahan pemuas nafsu.

Oleh sebab didalam movie ini Maya Karin ala-ala ustazah pilihan, beliau mencadangkan untuk mereka berkahwin supaya dapat melakukan seks secara halal (mungkin beliau terpengaruh dengan buku, Seks Islam : Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam). Maka mereka telah pun melangsungkan perkahwinan di tempat yang sama orang-orang nak berpoligami berkahwin tanpa consent isteri, Siam.

Dan, saban hari, they make sweet love secara halal. Walaupun Aaron Aziz tak berapa nak suka kat Maya Karin. Petikan dari blog Sehari Bersama Qusyairi


Setelah sekian lama melakukan interkurs seksual (sexual intercourse), baru Aaron Aziz nak kat Maya Karin. Dan, seperti ke-cliche-an normal filem Melayu, awek lama Aaron Aziz, seorang pelakon ala-ala Luna Maya (aku tak tau nama, jadi, awek beliau akan digelar sebagai Luna selepas ini) balik dari US dan ajak kahwin. Bila Aaron tak mau kawin, Luna meroyan (desperate syial), jadi depa kawin jugak.

Dah la, malas nk cerita, aku just nak bagitau ending yang Aaron kekal dengan Maya Karin dan Luna Maya telah diceraikan.

So, komen aku, pertama, ada part Aaron Aziz accident, kereta tak terus sangat, cuma macam terjatuh longkang. Untuk pengetahuan semua, dia pakai Hilux. Tapi, kesan accident berkenaan, macam dia kena pijak waktu King Kong meroyan, patah tengkuk, tak boleh jalan, etc. Lepas tu, bila bangun dari koma, mak beliau dengan konfiden tutup suis, cabut menatang yang letak kat hidung tu. Wah, ko ingat ko doktor ek?

Masalah plot secara keseluruhan, kalau ikut kepada pembaca novel, Aaron Aziz jatuh cinta cepat sangat kat Maya Karin, on which, it should be harder than what had been shown in the movie. Pengembangan plot yang sangat bermasalah dan tidak seimbang, sekaligus, menunjukkan bahawa keadaan ketidakselarian dengan novel yang wujud.

Ha, sebelum terlupa, lepas habis filem ni, semua orang boleh tepuk tangan. Aku tak faham kenapa.

Secara keseluruhan, filem ini standard drama cerekarama TV3 setiap hari sabtu, ataupun tayangan khas hari raya TV 1. Dan, sesungguhnya, peminat filem ini selayaknya dihina sebagaimana hinaan yang diterima peminat Twilight mahupun Justin Bieber di America. Dan filem ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia mahir dalam bidang peng-exaggerate-an cerita. 


Al-Hijab

Maklumat Asas
Tempat tontonan : Atas Katil, The Pink Swan Villa
Penonton : Qusyairi Hashim, Iqram Zulkifli, Hamizan Hamzah, Nazrul Nasaruddin


Malas aku nak buat sinopsis, baca sendiri.

Pertama sekali, analogically speaking hijab adalah penutup mata,bukak penutup mata, then, boleh nampak. Jadi, kalau aku pakai penutup, bila bukak, agak-agak, lepas bukak tu, orang yang aku nampak tu nak bunuh aku atau buat donno je? 

Dalam cerita Hijab ni, lepas je bukak, terus semua hantu start kacau dia. Apa yang anda dapat bila anda bukak Hijab?
  1. Hantu akan menumpang kereta anda lantas mematikan enjin kereta anda
  2. Hantu ikut anda sepanjang masa, tapi anda yang tak nampak (ironic, isn't it?)
  3. Hantu boleh tutup main swith rumah anda bagi xde karen.
  4. Hantu akan menyamar jadi tunang anda dan menggangu anda
  5. Hantu boleh bukak radio dirumah anda tanpa sebab.
Memang sangat teruk keadaann ketiadaan research sebelum membuat filem hinggakan kesalahan major yang melibatkan budaya yang diterima umum oleh masyarakat dapat dilakukan.

Secara konklusinya, filem pada musim ini di Malaysia semuanya tak best dan sangat membuang masa anda untuk menonton. Cadangan : tontonlah filem-filem penjajah dan sekutunya seperti Immortals, American Pie dan sebagainya, as long as you don't watch Twilight, it is good enough.









No comments: