2012 Qusyairi Hashim



Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya tahu, ramai yang berminat ingin mengetahui tentang kehidupan peribadi saya, maka, ini merupakan ringkasan tahun 2012 saya dari aspek Politik, Ekonomi dan Sosial.

Politik.

Dari segi politik kampus, saya telah melepaskan semua bentuk jawatan-jawatan politik (yang melalui pilihanraya mahupun tidak) pada awal tahun 2012. Ini termasuk sebagai Presiden Protem UNESCO, Pengerusi Jawatankuasa Pengantarabangsaan Universiti serta jawatan-jawatan lain yang perlu dirahsiakan. Namun walaupun begitu, saya telah dilantik mengetuai Suruhanjaya Pilihanraya Fakulti berdasarkan kepada tahap integriti saya yang tinggi.
Tinggal Kenangan

Dari segi politik luar pula, sehubungan dengan kenaikan usia 21 tahun, saya telah mendaftar sebagai pengundi sah di Negara ini. Dan, pada masa yang sama, dalam meraikan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), saya juga telah mendaftarkan diri sebagai ahli Pemuda UMNO pada Ramadhan yang penuh keberkatan lepas.


Ekonomi

Dalam perbicaraan ekonomi, tiada apa-apa yang signifikan. Tahun 2012 menyaksikan rata-rata ekonomi saya dibiayai oleh PTPTN, wang elaun khas program serta saguhati pertandingan-pertandingan tertentu. Mungkin yang paling signifikan pun, adalah penstrukturan semula Inceptio Management. Namun, disebabkan penstrukturan yang agak lewat, maka, bilangan projek pada tahun ini sedikit lembap. 

Sosial

Mungkin aspek ini banyak perbicaraannya, pertama, 2012 telah menyaksikan perkahwinan pertama dalam kelompok sahabat handai saya iaitu Saudara 'Izzat Rafie dan pasangan.

Perkara lain yang saya kira antara yang signifikan juga adalah pertemua bersaam sahabat handai yang hampir empat tahun tidak ketemu. Antara yang dilakukan adalah aktiviti food hunt disekitar Pulau Pinang antara saya, Saudara Haidar Asyraf, Saudara Irwan Samsuddin, dan juga Rabbani Rafiuddin serta Saudara baru Ah Chai (Napizie). Antara lain, pertemuan juga dilakukan dengan bekas teman sebilik, Shafiq Aroi.

Cendol Chowrasta
Dari aspek perdebatan, tahun ini menyaksikan antara jumlah ketersangkutan di pusingan separuh akhir yang agak tinggi antaranya di Debat Alam Sekitar, Debat DiRaja, Debat Integriti dan Debat Kepenggunaan. Namun, rezeki hujung tahun, berjaya juga menjohani Pertandingan Debat Gender 2012 bersama rakan sepasukan selama empat tahun, Siti Aisyah Mustapha.
Keluarga Orator.
Dan jika untuk kejayaan Kelab Orator UMP pula, kemenangan di Pertandingan Debat Diraja untuk pasukan muda adalah pencapaian yang amat membanggakan.

Pelbagai

Antara lain yang berlaku pada tahun ini adalah saya berjaya mengurangkan berat badan dari 83KG ke 75KG sekaligus mengurangkan ukurlilit pinggang dari 36 ke 31.

Dari aspek pemakanan, saya telah mencuba dua  makanan urban baharu, iaitu Durian Crepe dan juga Pavlova. Ha, tidak ketinggalan, macaroon.

Pavlodean by Hafizzudin.


Dan, akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menceriakan 2012 saya. Inilah antara wajah-wajah mereka yang mewarnakan 2012 saya (gitew).

 



No comments: