Pendapat peribadi aku, polis berhak untuk menembak dan tak wajar kita salahkan polis. Kaedah "shoot to kill" merupakan kaedah yang tidak digalakkan, tapi dalam keadaan tertentu, polis boleh menggunakan kaedah berkenaan. Sebagai contoh kalau tembakan amaran diabaikan, polis boleh guna kaedah ini.
Jadi, disini aku ingin fahamkan, aku tak katakan Aminulrasyid bersalah pada masa yang sama aku tak menafikan kemungkinan beliau bersalah.
Cuba kita bayangkan, kalau dalam kereta yang polis tembak tu, memang adda pengganas atau penjenayah sebenar. Sudah tentu tindakan polis itu berjaya menyelamatkan keselamatan kita bersama.Tapi, kali ini, perhitungan polis itu mungkin tersasar, tapi, apa-apa pun, ini membuktikan bahawa polis negara kita bersusah-payah dan tekun dalam menjaga keamanan.
Jadi, cubalah sesekali kita kenang jasa polis. Banyak yang telah mereka lakukan pada negara kita. Dan banyak jugak kes yang mana polis terkorban atau cedera masa menjalankan tugas.
Janganlah kita bila tengok kes melibatkan pelajar, terus kita hukum mereka tak bersalah. Dunia dah berubah, tak macam dulu, sekarang sapa2 pun boleh jadi penjenayah (saya tidak menyatakan bahawa adik Aminulrasyid bersalah).
Sebagai contoh, kes polis menembak pelajar 17 tahun yang cuba merompak sebuah cyber cafe. Kes seterusnya, pelajar tingkatan 2 yang merogol pelajar sekelas. Ingat, sekarang semua boleh berlaku, tak semua kanak-kanak baik dan tak semua polis jahat..
6 comments:
setuju sangat!!
pelik lah ade org yg xopen minded..
even my friend yg amik law pon ckp polis salah..
hurm,,,
memang pon,
kita kadang just buat justifikasi berdasarkan sesuatu yang kita sendiri tak faham.
Polis tu salah.tu je.xyah nk back up2 polis. budak2 yg masuk polis tuh bkn nyer nk jd polis sngt..just nk kje tetap je.
polis mmg x salah.
budak tu yg salah. ape kejadah kluar tgh2 malam, bwk kreta x dak lesen, lari dari polis road block, x dgr arahan polis suruh berhanti, n yg selalu buat mcm tu hnya penjenayah jer. ramai salahkn polis sebab tembak budak tu, tp masalah ny, polis tau ke yg ada budak 15 tahun dlm tu? x kn la polis nk g tny kat driver to dlu brapa tahun baru nk tembak. n katakn kalo malam tu yg budak tu bwk kereta dlm keadaan bahaya n langgar orng, xke yg tu da menggugat keselamatan awam. and tindakan polis adalah wajar, coz walaupun tembakn amaran dilepaskn, n budak tu still x nk brhenti, thus tindakn by tembak pemandu adalah prlu demi menjaga keselamatan awam.
tp part yg aku x ska, mak budak tu ckp ank dia baek sgt. kepala hotak dia, baek ape kluar tgh2 malam n bwk kereta tanpa kebenaran. pas tu duk jaja yg ank dia to kononny baek sgt. pas tu, pihak yg menanguk di air keruh, biar la polis buat siasatan, ni duk pi hasut family and hasut org ramai utk benci polis tu duk buat apa. diorng hanya nk polis dibenci n bukanny nk bela budak tu sgt. masa x dak pepe punya heboh dok caci polis, tp bila da rumah kene rompak or etc, tau plak nk cr polis. munafik. n to yg benci polis to, try la jd plis tgk, diorang susah payah jg keamanan utk korang, tp korang duk benci polis. nk ke negara ni xdak polis? br la masa tu korang sedar yg polis ni penting utk korng. huh....
kiwi
anon-1: bg aku, polis tu just menjalankan tugas. mmg dh ada peruntukan undang2 yg menyatakan kalau tembakan amaran tak dilayan, polis boleh amik tindakan seterusnya.
kiwi : sebenanya aq pon rasa bnda yg sama. cuba bayangkan kalau 15 tahun dh bawak keta, x kan x de a slightest chance yg dia mngkin bersalah.
dan mak dia x perlu nk jaja cakap anak dia baik sampai ke tahap orang nampak polis jahat. kita kena sedar, kalau polis x buat camtu, mngkin ada pnjenayah yg terlepas. alih2 kita jugak yg nnt dapat masalah
x
Post a Comment