Bersihkah Bersih?

Tulisan ini ditulis dari sudut seorang non-partisan


Kalau tengok kepada tajuk posting ni pun, saya rasa, telah jelas, di mana stand saya mengenai Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara (dan dunia). Sebagai pengenalan ringkas kepada mana-mana yang tidak mengetahui (atau tidak mahu membuang masa mengambil tahu), perhimpunan bersih ini akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur, United Kingdom, Taiwan, Seoul, Canberra, Melbourne, Sydney, Osaka, Los Angeles, San Francisco dan juga New York, mungkin ada juga lokasi-lokasi lain yang tidak didalam pengetahuan saya.



Berhimpunan ini diadakan atas tujuan memohon agar satu bentuk pilihanraya yang lebih telus diadakan di Malaysia, pilihanraya yang lebih "bersih" sebagaimana dilaung-laungkan oleh penyokong-penyokong kuat gerakan ini. Gerakan ini dikatakan akan dilakukan secara "aman" untuk menyerahkan memorandum menggesa "kebersihan" didalam pilihanraya. Teringat pulak macam pemberian memorandum yang pernah jadi kat UMP satu ketika dahulu. It's pretty much the same.

Cukup pengenalan mengenai gerakan Kuning ni (rasa macam Digi pulak sponsor), sekarang ni, tiba masa yang dinanti-nantikan oleh semua pembaca (macam talkshow Oprah pulak aku rasa), penganalisaan, pujian, dan cercaan dari seorang Qusyairi Hashim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari mana datangnya budaya ni?

Malaysia merupakan negara yang aman, antara demoonstrasi yang terbesar pernah berlaku pun, mungkin ketika perlucutan Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim (hmmm...this might be the starting point of so called "the reformation"). Sebelum tu, kita tak pernah ada rusuhan camni. Mungkin la, kita ada satu dua, tu pun waktu penentangan Malayan Union, and, that's it. 

Dan, kalau kita analisa dari rusuhan-rusuhan yang berlaku sebelum ni, waktu 1998, rusuhan Bersih pertama, tuntutan pemansuhan ISA, mendatangkan kebaikan ataupun lebih kepada menyimbah Hydrochloric Acid, HCL, 12 Molar keatas luka yang masih berdarah?

Gambar Hiasan
Dan, secara jujur, apa yang berlaku dilihat sebagai satu permulaan kepada Coup d'etat. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, namun, bagi rakyat dunia, ini yang mereka lihat. Satu permulaan kecil, melangkah ke tindakan Hamad Al-Thani, dan jika ini berlaku, secara jujur, reputasi kita akan tercalar dalam keadaan yang sangat teruk.


Pandangan Asing

Bayangkan, rakyat Denmark di Malaysia, melakukan satu demonstrasi aman, menuntut Lars Løkke Rasmussen untuk mengadakan pilihanraya yang lebih adil. Sudah pasti kita akan meletakkan satu penghukuman, kerajaan Denmark kejam dan mungkin sama dengan kerajaan Mahinda Rajapaksa ataupun Julius Caesar.

Itu hakikat yang berlaku, tambahan pula, apabila demonstrasi ini telah melibatkan ramai golongan professional. Jika kita berfikir secara neutral buat sementara waktu dengan mebuang segala fahaman politik, adakah selayaknya kerajaan Malaysia dilabel sebegitu rupa?

Cerminan Marcus Junius Brutus
Memang benar, kita tidak dapat melihat secara jelas siapa sebenarnya Stromboli dalam kes ini. Mungkin Ambiga dapat dilihat sebagai Geppetto, seorang ayah yang berhati mulia, cuba menghidupkan patung yang mati. Namun, sedar ataupun tidak, ada pihak-pihak tertentu yang cuba bertindak sebagai penyelamat kepada keadaan "parah" dengan mendakwa terdapat ketidaktelusan dalam sistem di Malaysia.

Dan, walau sekeras mana pun seseorang itu menafikan penglibatannya ( fikir sendiri siapa), pasti, kalau tak banyak, mesti beliau ada secebis penglibatan dalam program ini. Dan, kemampuan "orang" ini mengawal, mungkin sampai ke tahap, begitu tinggi jumlah penglibatannya.

Serta, tidak keterlaluan untuk saya katakan, tragedi Hari Saint John dan Paul 1284 akan terjadi pada 9 Julai dan mungkin lebih hebat, hinggakan Pied Piper sendiri akan menuntut ilmu dengan Ambiga.

Dambaan Boston Tea Party
Tindakan Samuel Adams memberontak pada ketika ini dijadikan sebagai idola pada Bersih 2.0. Bagaimana keberjayaan beliau dalam membangkitkan semangat patriotisma Americans. 

Kita perlu sedar, pperistiwa 1773 ini bermula dengan cara yang berbeda, penindasan dan penipuan yang jauh lebih besar. Dan semua ini mempunyai pembuktian yang jelas. Berlainan dengan kes di Malaysia, sejelas manakah kita "ditipu" ataupun, wujud "penipuan" yang mengatakan kita "ditipu". Anda fikirkan...

Mesir, Tunisia.....Malaysia?
Ingat, permulaan kejatuhan dan masalah yang wujud di kebanyakan negara kini semuanya mempunyai acuan yang sama. Apabila rakyat turun kejalanan dan apabila pemimpin tidak lagi dipercayai. 

Fikirkan, sanggupkah anda mengorbankan kemerdekaan dan kesejahteraan yang kita ada kini, hanya demi memenuhkan nafsu golongan-golongan tertentu.



Sebenarnya, banyak lagi ingin dikatakan, tapi, disebabkan waktu maghrib dah menjelma, maka saya terpaksa berundur dulu, nak lakukan pembersihan jiwa sekejap. Selamat beramal..



1 comment:

A D M I N said...

diorg nak ikut mcm negara jiran kita thailand tempoh hari..