Abang Anwar ketika Perhimpunan Hijau diadakan |
Oleh sebab yang sedemikian, saya telah tergerak hati untuk memberikan sedikit sebanyak komen berkenaan pembinaan kilang berkenaan (walaupun pada hakikatnya terdapat timbunan kerja yang menanti untuk disiapkan). Dan untuk menulis komentar ini, saya ditemani beberapa item di atas meja saya, antaranya teks Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, nota ringkas yang telah dicatatkan ketika lawatan saya ke Lynas pada 7 March 2012 dan juga sudah semestinya, rujukan utama internet terutamanya Wikipedia serta, secangkir teh HIJAU untuk diminum ketika menulis.
Dan untuk pemahaman semua, saya akan menulis komen semudah mungkin untuk pastikan mesej ini berjaya dafihami, mungkin semudah YB Fuziah meyakinkan rakyat Kuantan berkenaan bahaya Lynas.
Isu utama yang berbangkit mengenai pembinaan kilang ini merupakan berkenaan keselamatan. Ada yang melabel kilang ini sebagai sebuah loji janakuasa nuklear. Ya, sedikit lucu, pemprosesan bahan nadir-bumi tiada kaitan dengan penjanaan elektrik melalui janakuasa nuklear. Nadir bumi merupakan bahan yang akan diproses untuk pelbagai kegunaan elektronik kelak, tiada kaitan dengan tenaga nuklear.
Kedua, berkenaan emisi radiasi alpha yang bakal terlepas dari pemprosesan. Mengikut apa yang saya dengar, ada pihak yang menyatakan radiasi alpha ini sangat merbahaya, hinggakan ke tahap, ia mampu menembusi kulit,sekaligus menyebabkan kulit manusia berlubang. Jujur, jika saya tidak berpendidikan, saya takut, bimbang lubang-lubang di kulit akan menyebabkan lemak-lemak di badan saya bocor.
Namun, sedikit info berkenaan alpha particle yang digeruni ini, ianya mempunyai kuasa yang sangat lemah, sehinggakan ke tahap, ia tidak mampu untuk menembusi sekeping kertas, untuk pemahaman yang lebih mendalam, sila lihat gambar di bawah;
Antara perkara lain yang menjadi kebimbangan, adalah berkenaan pengeluaran residue daripada kilang iaitu Flue Gas Desulpharisation (FGD), Neutralisation Underflown Fluid (NUF) dan Water Leach Purification (WLP) yang mana masing-masing mempunyai radioaktiviti sebanyak 0.47 bq/g, 0.52 bq/q dan 6.0 bq/g. Mengikut standard antarabangsa, nilaian selamat untuk sesuatu bahan radioaktif adalah sebanyak 1.0 bq/g. Maksudnya, FGD dan NUF dikira sebagai selamat. Untuk sebarang nilaian lebih dari itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Bagi memastikan WLP tidak akan mengamcam keselamatan, lebihan (residue) ini akan dikitar semula bahan untuk pembinaan jalan. Dan, meskipun nilaian 6 bq/g ini dianggap tinggi, namun, ada tempat-tempat didunia, yang mempunyai background radioactivity yang lebih tinggi seperti Kerala, India (43.7 bq/g), tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk.
Dan, jika dilihat kepada dos radiasi yang diterima manusia, pembinaan Lynas tidak akan mendatangkan kesan yang tinggi terhadap dos berkenaan. Buat masa kini (tanpa Lynas), penduduk Kuantan terdedah kepada dos radiasi sebanyak 2.0 millisievert/tahun dan dengan kewujudan Lynas, ianya akan menambahkan dos radiasi sebanyak 0.002 millisievert/tahun dalam erti kata lain, ianya tidak akan membahayakan penduduk. Sebagai info tambahan, sebuah tempat di Iran, Ramsar mempunyai dos radiasi sebanyak 260 millisievert/tahun dan rakyatnya tidak menghadapi apa-apa masalah bahkan, menurut kajian, rakyat di Ramsar lebih sihar berbanding rakyat di luar Ramsar (saya tidak mencadangkan kita menambahkan kesan radiasi kepada rakyat Malaysia). Bagi pendedahan kepada radioaktiviti buatan manusia, nilaian sebanyak 50 millisievert/tahun baru memberikan kesan kepada sistem tubuh manusia (Sumber)
Dan, saya ada terbaca, persoalan-persoalan yang ditimbulkan di laman sesawang Facebook seorang sahabat,
Soalan 1 dan 5 : Lynas telah menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal yang baik. Dan, untuk keperluan earth pond setinggi 8 meter yang dituntut, Lynas menyediakan earth pond setinggi 9 meter yang diliputi dengan tanah liat untuk mengelakkan kebocaran serta dengan kedalaman dan keluasannya, seandainya ditakuti akan melimpah, di dalam ujian yang diadakan oleh Lynas, hujan lebat selama 74 jam berterusan tanpa henti, diperlukan untuk "melimpahkan" tempat simpanan berkenaan. Yang saya kira, tidak mungkin akan berlaku hujan selama itu.
Soalan 2 dan 3 : Sulphuric Acid dan Hydrochloric Acid merupakan bahan biasa yang akan digunakan dalam industri, sebarang bentuk pembuangan bahan berkenaan di dalam sungai akan ditapis terlebih dahulu untuk mengikut segala peraturan yang ditetapkan dalam bahagian pelepasan effluen didalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pembuangan effluen industri ke dalam air adalah perkara biasa dilakukan setelah effluen itu disahkan selamat.
Soalan 4 : Perembesan gas Radon adalah disebabkan oleh decaying process of uranium dan Thorium, yang mana, pihak Lynas tidak akan hasilkan "decay" berkenaan kerana mereka sekadar memproses bahan daripada siri Lanthanide (No. Proton : 57 hingga 65) sedangkan uranium dan thorium terletak di siri Actinide dengan masing-masing mempunyai nombor Proton 90 dan 92.
Ramai yang telah menimbulkan persoalan, mengapa ianya ditubuhkan di Kuantan dan bukannya di tempat lain, kronologinya adalah seperti berikut.
Sumber : Malaysia Today |
Penubuhannya di Malaysia adalah sebagai salah satu bentuk Foreign Direct Investment (FDI). Mengikut satu kajian, negara-negara membangun seperti Malaysia memerlukan FDI untuk merancakkan lagi pembangunan negara.
Tindakan Malaysia mengecualikan cukai selama 12 tahun kepada Lynas adalah satu tindakan biasa untuk menarik lebih pelaburan ke dalam negara. Dengan tawaran sedemikian rupa, sudah semestinya, ianya akan menarik Lynas dan pelabur-pelabur lain masuk ke dalam negara. Keutamaan Malaysia adalah untuk mendapatkan KUANTITI pelabur yang lebih, berbanding, pelabur yang mampu memberikan keuntungan yang tinggi, namun, disebabkan kepelbagaian caj dan cukai, bilangan pelabur-pelabur ini akan kurang. Contoh mudah akan saya tunjukkan seperti berikut.
Memang benar, pada awalnya, kita akan melihat tindakan "menjual murah" akan merugikan Malaysia, namun, tindakan tawaran pengecualian cukai seperti ini dapat menarik lebih ramai pihak, dan tarikan ini mampu menambahkan pendapat negara.
Meskipun kewujudan Lynas ini dikatakan akan memberikan impak negatif kepada alam sekitar, ayuh kita teliti apa impak yang wujud seandainya ketiadaan kilang pemprosesan nadir bumi. Sebelum itu, molek jika kita lihat kegunaan bahan nadir bumi dahulu.
- Pembinaan kereta hibrid
- Penghasilan barangan elektrik jimat tenaga
- Penghasilan barangan elektronik seperti telefon dengan touch screen dan juga TV LCD.
- Hard Disk Drive
Tanpa bahan nadir-bumi, kenderaan hibrid tidak dapat dibangunkan. Begitu juga, penggunaan bahan jimat tenaga tidak akan ada. Maksudnya, kebergantungan kepada gas asli dan petroleum semakin tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gas asli dan petroleum mengeluarkan gas merbahaya. Tanpa bahan nadir-bumi, maka, penambahan gas merbahaya ke udara akan berlaku, sekaligus menyebabkan lebih banyak keburukan.
Hard disk storage juga dibangunkan dengan bahan nadir bumi, yang mana ianya akan menjadi lebih kompak dan lebih tinggi ruang simpanan. Ini akan mengurangkan produksi hard disc dan sekaligus mengurangkan masalah pencemaran.
Dan, dengan bantuan rare earth ini, bahan jimat tenaga akan dihasilkan. Apa yang akan berlaku seandaianya barangan yang digunakan tidak jimat tenaga? Penggunan bateri Ni-Cd, mercury akan bertambah. Sekaligus, akan menambahkan jumlah bahan-bahan merbahaya ini didalam alam sekitar, yang mana, kita semua sedia maklum dengan kesan negatifnya.
Konklusinya, dengan ketiadaan kilang pemprosesan nadir bumi ini, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada alam sekitar yang akan kita dapat.So, you do the math.
---------------------------
Demikianlah pendapat peribadi saya berkenaan pembinaan loji Lynas di Kuantan. Sedikit isu yang bermain di minda saya, saya hairan, bagaiman barisan golongan-golongan yang tidak mempunyai latar belakang akademik dalam bidang sains/fizik/kimia mampu mempengaruhi penduduk Kuantan.
Dan kita lihat, betapa rakyat kita suka dimomokkan dengan pemikir-pemikir paranoid seperti mereka, rakyat kita lebih rela menutup telinga daripada mendengar pandangan pakar sebenar seperti Dr. Che Rosli Che Mat yang berlatarbelakangkan akademik dalam bidang nuklear dan lebih rela, mendengar gurindam daripada mereka yang tidak tahu menahu mengenai bidang ini.
No comments:
Post a Comment