Tindakan ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar, berikut merupakan antara rintihan pelajar-pelajar yang teraniaya melalui pelbagai laman sesawang sosial.
Walaupun tindakan ini dilihat normal di universiti-universiti lain, namun, alasan yang digunakan pihak Kolej Kediaman Kedua dalam isu ini dilihat sebagai satu alasan yang dapat dipersoalkan. Dan ya,saya akan mempersoalkannya sekarang.
1) Isu Kemasukan Orang Asing dan Gejala Sosial.
Menjawab isu kemasukan orang asing, beberapa hari yang lepas,aku ada masuk kedalam kolej lebih kurang jam 2-3pagi, bersama orang yang bukan dari UMP (identiti beliau tidak akan didedahkan), aku boleh je masuk tanpa masalah,matrik kad pun tak check, mungkin sebab pukul 3 pagi,dia pun dah mengantuk dan tingtong.
Kalau betul peraturan ni untuk elakkan pihak luar masuk,rasanya dia perlu check secara total. Dan sekatan ni lepas jam 12, maksudnya,kalau betul aku orang luar,aku masuk je sebelum pukul 12,sebab tak akan ada apa2 masalah.
Berkenaan isu gejala sosial, come on la, kalau aku nak pi kelab, aku tak keluaq lepas pukul 12, dengan jarak perjalanan beberapa marhalah antara UMP dan kelab terdekat,aku keluaq pukul 12, aku rasa,aku sampai kelab dah azan subuh dah pun (ya, saya sedang exaggerate).
Ok, ni dah jadi macam sekolah, kalau keluaq selalu, kena potong merit. Aku rasa ni dah jadi standard sekolah rendah, tindakan tipikal untuk menakutkan pelajar. Please, ni universiti, kami tak perlu dikendong macam budak sekolah rendah, kalau perlu, dah lama aku mintak felo teman aku berak.
Notis ini jugak dilihat sebagai double standard, sebab apa yang dikuatkuasakan ni untuk kolej dan bukan peraturan Universiti. you can either see the glass half full or half empty, tindakan ni tak adil bagi penduduk kolej kediaman kedua sebab orang lain boleh keluaq malam dan tindakan ni tak adil bagi penduduk kolej lain,sebab universiti tak sayang depa dan tak kisah ada orang luaq masuk dan rogol depa.
Masalah lain adalah kepada pelajar-pelajar aktif (pendebat,penari,PALAPES,pasukan nasyid etc), depa ni memang balik bilik lambat, latihan selalu sampai awal pagi. Depa ni bukan macam student mandom yang dok dalam bilik,tengok facebook/twitter/youtube/porno, depa ni akan all out untuk latihan demi mengharumkan nama universiti, cuba hang bayangkan,balik latihan pukul 3pagi, guard penuh birokrasi dok buat dajey, gerenti panas, lepastu,semangat nak contribute kat universiti pun dah hilang. Bila pi tournament,kami kalah banyak, universiti marah kami pulak.
Secara konklusinya, aku rasa, better depa jaga supaya orang luar tak masuk dengan check kad matrix semua,memang penat,memang susah,but i think, that's the main reason that you're paid. Pengawalan gaya sekolah asrama ni memang tak sesuai dan akan menyebabkan kepala otak pelajar semakin tertutup. and one more thing,kalau budak tak dibenarkan masuk lepas pukul 12, gerenti depa pi duduk kat luaq, mungkin join aktiviti pembangkang seperti OccupyDataran, ataupun melayan belen-belen murah sekitar kawasan Kuantan dan Gebeng yang pastinya akan menyumbang kepada masalah yang lebih besar
Glosari
Dajey - Dajal dalam slanga utara, digunakan kebanyakannya oleh mat-mat rempit berketurunan India Muslim
Belen - Wanita murah/bohsia/call girl/gadis hadiah kepada mat rempit
Mandom- Lembap/malas/bodoh tahap Snorlax
No comments:
Post a Comment