Orators

Ketika saya sedang menulis posting ini, sebenarnya saya menghabiskan masa untuk menanti kanak2 ini habis berbincang untuk buat konsep, oleh sebab kebosanan yang teramat sanga, saya akan menulis berkenaan sesetengah dari mereka untuk membuang masa saya.

1) Daniel

Beliau merupakan junior/adik/anak ikan saya dalam Orator, berusia 18 tahun dan acapkali dikenali dengan raut mata beliau yang menarik serta lain dari yang lain.

2) Hafizzudin
Beliau merupakan junior saya di MRSM Langkawi, setelah sedar bahawa beliau sedang dalam proses mendapatkan Ijazah, dan pada hakikatnya, saya tak pernah bertemu dengan beliau di sekolah, ianya membuatkan saya terasa sangat tua. 

3) Syafiq Abdul Rahman
Pada mula bertemu dengan beliau, saya merancang untuk menjadikan beliau sebagai lelaki simpanan saya, namun, disebabkan ke-adorable-an beliau, maka, standard beliau dijatuhkan sebagai adik saya sahaja.

4)Munir Hashim
Lelaki kacak ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Elektrik dan Elektronik, dikenali dengan gaya beliau yang ganas dan macho, beliau merupakan kegilaan setiap wanita.

5) Mimi dan Muiz
Mereka berdua merupakan antara adik-adik saya yang paling saya sayang dan cintai. Separuh masa saya banyak dihabis kan bersama mereka. Mereka acapkali menafikan keadaan, namun, kami berpegang kepada konsep, biar masa menentukan segalanya.

6)Shabnam
Untuk sebab yang tidak diketahui, beliau sangat adore ibu saya dan saya merasakan, beliau ada potensi untuk menjadi menantu ibu saya.

7)Amirul
Beliau merupakan penyokong kuat saya apabila kami berbincang mengenai betapa vogue-nya Penang. Anak kelahiran Pulau Pinang/Singapura ini dapat dihubungi dengan mengklik link ini

-------------------------------------------------
SPECIAL SECTION

8) Helmi Othman
Beliau merupakan sahabat baik saya yang paling disayangi. Walaupun kami berbeza ketinggian, namun, saya tetap menyayangi beliau.

9)Iqram Zulkifli
Beliau merupakan sahabat baik saya yang paling disayangi. Walaupun kami berbeza ketinggian, namun, saya tetap menyayangi beliau.


* Kepada yang tidak termasuk dalam senarai ini, tidak bermakna saya tidak menyayangi anda. Saya masih sayang kepada anda semua. 
* Senarai ini tidak disusun mengikut kadar kasih sayang




No comments: