Bersihkah Anwar?

*Position Statement : Penulisan ini adalah dari sudut pandangan non-partisan. Saya tiada ketika BERSIH 3.0 dijalankan dan saya sekadar mengikut perkembangan melalui laman sesawang sosial seperti Twitter dan Facebook. Seandainya penulisan ini dilihat sebagai berat sebelah, maafkan saya,kerana saya manusia yang mempunyai nafsu, bukan Malaikat atau Ulama' Agung. Segala gambar yang dipamerkan adalah tidak dikreditkan,seandainya pemilik asal mempunyai permasalahan dan ingin gambar diturunkan, sila hantarkan faks kepada syarikat kami di 03-32554396.



Pada 28 April yang lalu, beberapa kumpulan  rakyat Malaysia telahpun mengadakan perhimpunan yang jauh lebih meriah daripada Gay Parade Antarabangsa yang berlaku di Taiwan, dengan tuntutan untuk pilihanraya yang lebih adil (eksplisit), dan untuk memohon Najib letak jawatan, mansuh PTPTN, tutup Lynas, reformasi, dan pelbagai lagi tuntutan tiada kaitan (implisit).

Mungkin abang ini sesat jalan

Dengan kewujudan pelbagai "idea" didalam perhimpunan yang sepatutnya sekadar memfokuskan kepada pilihanraya yang telus, tindakan ini jelas menunjukkan, pembangkang mempergunakan rakyat untuk political gain mereka sendiri. Dari kes Lynas, sehinggalah kes cincin Rosmah, segala bentuk perancangan kerajaan yang ditentang pembangkang, dihidangkan oleh "pemBERSIH". Dan seperti biasa, master of puppet di sini, sudah semestinya orang-orang besar yang secara ikhlas mahukan ketelusan pilihanraya. Akhirnya, segala nanah kerajaan dikorek,yang tak bernanah pun dicipta, agar, ini kononnya refleksi suara rakyat yang mahukan perubahan.

Sudah jelas lagi bersuluh, BERSIH bukanlah sebuah perhimpunan yang ingin ketelusan pilihanraya, secara peribadi, saya menganggap, BERSIH adalah "kempen awal" pembangkang menjelang pilihanraya. Konsep realpolitik lapuk ini memang telah difahami oleh saya, seseorang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepentingan politik sendiri, sayangnya, rakyat merana.
Kasihan Adik berkenaan, sedih

Kalau dilihat kembali, hampir 80-90% golongan yang menyokong BERSIH akan pada masa yang sama mengkritik Barisan Nasional, seandainya benar ini untuk ketelusan pilihanraya, saya kira, "orang UMNO" pun sepatutnya sertai, takkan satu pihak sahaja yang inginkan keadilan, tak gitu?

Dan, dalam kes BERSIH ini, ramai yang bising apabila ada yang sampai luka dan berdarah-darah. Pertama, adakah atas dasar demokrasi,anda mengharapkan anda mampu menggugat keamanan orang lain. Kedua, tindakan polis yang mencederakan adalah disebabkan anda merusuh, saya kira, kalau di negara lain, sepatutnya anda ditembak, ni, polis siap hidang nasik lagi bagi makan bila kena tangkap.





Wah, ini perhimpunan "aman" cadangan Anwar Ibrahim, orang awam membelasah pasukan keselamatan. Ya, memang saya defends Polis, Polis mencederakan orang awam mengikut peraturan, apabila kekacauan telah berlaku, atas dasar apa orang awam nak cederakan pasukan keselamatan utama negara? Jujur, saya tersentak dengan warkah di bawah ini yang saya terbaca di laman sesawang sosial, Facebook

Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Saya Juga Rasa Tercabar Di Sebabkan Saya Juga Salah Seorang Anak Angota Polis Dan Abang - Abang Saya Seorang Pegawai Polis , SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA HARUS BACA!! SEBARKAN!
Sebagai salah sorang anak kepada anggota polis saya ingin bersuara bagi pihak rakan2 saya...
Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?
Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...
Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...
Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...
Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?
Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...
Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...
Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?
Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...
Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....
Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....
Amin... Polis Sedia Berkihdmat !


Cuba anda bayangkan, buat yang menuduh Polis itu tidak berintegriti, sekadar anjing kerajaan, fikirkan, mereka juga ayah dan ibu kepada orang, anak-anak kepada orang lain. Kepada yang bukan anak Polis, sudah pasti anda percaya bahawa ayah dan ibu anda adalah yang terbaik dan mulia, tidak mungkin akan meletakkan maruah mereka ditempat yang rendah. Dan ya, Polis juga manusia, sama seperti ayah dan ibu anda.

Cuba anda lihat, sampai ke tahap kereta polis diterbalikkan. Jujur, fikir sedalam-dalamnya, adakah dengan menerbalikkan kereta Polis, pilihanraya akan adil? Adakah dengan membelasah Polis sehingga separuh nyawa, dan esok, SPR akan menjadikan pilihanraya yang adil? Most of us are adults, and we're able to differentiate between black and white. Monkeys and humans.

Dan, sila rujuk artikel INI, yang mana menunjukkan seorang pengamal media telah dibelasah bertubi-tubi oleh perusuh-perusuh, What the fuck guys? Anwar, you turned humans to monkey, all of this good man and woman turns to a criminal because of your aspiration of sitting in Seri Perdana.Dan, sedar ataupun tidak, tindakan Anwar untuk naik takhta kerajaan mudah begini tak ubah seperti pemimpin-pemimpin kejam dunia yang lain.

Dan, tindakan Bersih 3.0 ini sebenarnya sebuah tindakan yang akan merugikan negara terutamanya dari aspek ekonomi. Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak stabil, dan mungkin pada ketika ini, Anwar Ibrahim mampu menepuk tangan, menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional dan, jika...saya ulang JIKA, beliau menjadi Perdana Menteri, pasti beliau akan meletakkan diri sebagai savior ekonomi meskipun terpaksa meminjam dari kawan baik beliau di IMF.

Akhir kalam, sila lihat video ini, dan fikirkan, sanggupkah anda mengambil insan yang membawa teknik meroyan dijalanan ini sebagai pemimpin? Renung-renungkan dan selamat beramal

No comments: