Saudara,
Saya tergerak untuk menulis apabila melihat komen saudara berkenaan kedatangan Dato' Siti Nurhaliza ke kampus Universiti Malaysia Pahang. Saya kira, saya tidak perlu memperkenalkan diri saya kepada saudara, saya percaya, saudara sudah cukup mengenali saya.
Saudara, saya sudah mula memerhatikan saudara semenjak sebelum saudara bertanding di dalam pilihanraya sehingga kini. Dari segi kepimpinan, saudara merupakan antara peserta program kepimpinan yang mana saya telah bertindak sebagai Pengerusi program berkenaan. Dan saya kira, majoriti kepimpinan pada tahun ini di kampus dilahirkan dari program berkenaan. Oleh yang demikian, saya mempunyai kebanyakan maklumat berkenaan peribadi dan juga cara fikir setiap seorang dari peserta berkenaan dan tidak dinafikan, memori berkenaan cara fikir kebanyakan peserta telah hilang dari memori saya, maklumlah, lebih setahun dari program itu diadakan.
Penentangan Terhadap Hiburan
Dalam pemerhatian saya, program bersama Siti Nurhaliza ini bukanlah program pertama yang melihatkan ketidakpersetujuan saudara. Sebelum ini, saudara ada juga menentang program seperti Saturday Night Live (SNL) atas alasan melihatkan universiti sebagai sebuah pusat pengembangan ilmu, maka, program berunsurkan hiburan seperti ini sepatutnya ditentang dan menyokong program-program yang berunsurkan keilmuan dan keislaman.
Saya tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan penganjuran program keilmuan dan keagamaan di universiti, kerana saya kira, program berkenaan perlu dalam melahirkan pelajar yang lebih berintegriti. Namun, pada masa yang sama, saya turut menyokong program-program hiburan sepertimana yang pernah diadakan di dalam kampus kerana kita perlu sedar, bahawa, pelajar memerlukan escapade dari pemikiran biasa seorang pelajar. Namun, tindakan saudara yang menentang segala bentuk penganjuran program bukan ilmiah menampakkan pendekatan saudara dalam melahirkan mahasiswa yang competent dan baik sedikit tempang. Satu soalan, adakah saudara rasakan, kita mampu melahirkan mahasiswa berkualiti seandainya 100% masa mereka diisi dengan perkara-perkara keilmuan tanpa hiburan? Ya, saya faham, nama-nama besar seperti Tahereh Saffarzadeh, Nikola Tesla dan Ralph Waldo Emerson mungkin mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada ilmu, namun, saya kira saudara perlu sedar, mereka adalah manusia hebat, dan untuk bandingkan mereka dengan average students yang menyumbang komposisi sebanyak 98% pelajar dunia adalah sesuatu yang tidak wajar.
Seandainya benar saudara benar-benar mengangkat nilai ilmu, saya harap saudara dapat menjelaskan keadaan yang mana, mengikut maklumat yang saya dapat, seramai 14 daripada 24 perwakilan pelajar dibawah anda telah dipanggil oleh pihak Universiti untuk kaunseling akademik dan tiga daripada 24 perwakilan yang sama, telah mendapat pencapaian GPA dibawah 2.0? Adakah ini contoh pembangunan ilmu yang anda bangga-banggakan? Dan, jika tidak menilai kepada akademik sekalipun, saya tertanya-tanya dimana golongan-golongan yang mengangkat ilmu ini mengambil kesempatan dalam majlis akademik yang dianjurkan oleh Universiti. Contoh paling dekat adalah ketika Syarahan Umum Antarabangsa Nuclear Power for Tomorrow: Innovative Designs, Safety, Waste Disposal and Public Communication yang telah disampaikan oleh pakar nuklear Dr. Knebel dari German, saya kira, penglibatan pelajar dalam sesi diskusi dan Q&A masih kurang, yang mana kebanyakan audiens yang memberi pendapat adalah dari kalangan pelajar antarabangsa, professor dan orang awam.
Saya tidak nafikan, seandainya dijemput Ustaz Azhar Idrus kesayangan semua itu, pasti audiens ramai yang hadir untuk mendengar pesanan bersulam jenaka dari beliau, namun, kita perlu sedar, ilmu duniawi juga penting, yang mana saya lihat, penglibatan pelajar dalam syarahan, syarahan umum sains, sastera, dan sosial di kampus masih lagi kurang.
Demonstrasi
Kedua, sepanjang saudara memegang jawatan, saya kira beberapa siri demonstrasi telah diadakan. Jujur, saya lihat idea demonstrasi ini mirip cara politik yang dibawakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak ada apa-apa permasalahan berkenaan peribadi Ketua Pembangkang berkenaan, cuma, gayanya yang membawa segalanya kejalanan itu membimbangkan saya dan lebih membimbangkan lagi, apabila budaya ini diresap ke universiti. Saya pernah keluar dari solat jumaat, melihat saudara menghantar petisyen kepada Dato Naib Canselor sambil disokong beberapa "penyokong" kuat saudara. Dan saya kira, saudara masih ingat bahawa saya dan beberapa kepimpinan pelajar lain ada mengadakan mesyuarat khas bersama saudara berkenaan isu ini. Persoalan utama, selaku pemimpin pelajar tertinggi kampus, saya tidak melihat apa-apa keperluan untuk saudara menghantar petisyen/memorandum dalam keadaan tidak rasmi sebegitu rupa, sebagai mahasiswa yang mengangkat akhlak dan adab Malaysia, saya kira perbincangan secara formal dan beradab perlu dilakukan, bukan sebegitu rupa. Seandainya saudara sering berbicara mengenai melahirkan mahasiswa yang berfikir, berbudi pekerti mulia, satu soalan buat saudara, pernakah saudara menilai diri saudara dahulu dari segi berkenaan?
Perpecahan
Secara peribadi, saya mengenali barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dibawah saudara Aedlan Ahmad, YDP sebelum saudara. Dan saya juga pernah bekerjasama dengan barisan MPP lama untuk beberapa program sebagai contoh program kepimpinan pelajar yang diadakan di seluruh semenanjung Malaysia serta program amal yang kami lakukan di Tanah Besar China. Saya tahu bahawa MPP dibawah kepimpinan Saudara Aedlan mempunyai hubungan yang rapat tanpa sebarang bentuk perpecahan. Namun, apa yang saya lihat dibawah kepimpinan saudara, terdapat sedikit perpecahan yang membolehkan pelajar mempersoalkan kredibiliti kepimpinan tertinggi universiti ini. Contoh, ketika penganjuran Saturday Night Live yang saya kira mendapat penentangan sebilangan MPP, tiba-tiba, ada ahli MPP yang berada di belakang dewan mengumpulkan tandatangan sebagai sokongan kepada program berkenaan. Saya kira, ini jelas menunjukkan kegoyangan dalam institusi berkenaan.
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya sentuh, namun, saya fikir lebih baik saya berhenti disini dahulu buat masa ini. Kerana telah hampir kepada jam 2 pagi sekarang, bimbang, seandainnya saya berjaga lebih lama, akan ada yang mengatakan bahawa menulis utusan seperti ini merupakan budaya buruk yang perlu dihentikan.
Sekian. Assalamualaikum.
9 comments:
lololol perlu ke tarik nama anwar ibrahim blabla dalam teguran macam ni? bosan gila teguran tipikal macam ni. zzzzzz
Ak sokong pnulisan kau...n ak nmpak jugak tampuk kpimpinan MPP yg dipegang saudara Fazli halim ni mmmg sgt2 anti kerajaan..kadang2 ayat straight cam ak bagi ni pown kena jgak spread nk suruh dia terasa sampai ulu hati..x gitu saudara Fazli Halim?
Ak sokong pnulisan kau...n ak nmpak jugak tampuk kpimpinan MPP yg dipegang saudara Fazli halim ni mmmg sgt2 anti kerajaan..kadang2 ayat straight cam ak bagi ni pown kena jgak spread nk suruh dia terasa sampai ulu hati..x gitu saudara Fazli Halim?
bagus idea yang dilontarkan..cuma, kita perlu lihat situasi kita di mana, kita bukannya berada di khalayak masyarakat sembarangan, kita di tengah khalayak masyarakat yang terpelajar..program2 yg dianjurkan juga perlu selaras dengan objektif penubuhan sesebuah institusi itu juga, bukannya program yg x memberi impak kepada bakal graduasi..
sejujurnya, memang bnyk kepincangan yg berlaku dalam pentadbiran saudara Fazli, dan saya tahu apa sebenarnya yang berlaku, siapa yang menimbulkan ribut di dalam kepimpinan beliau sehingga banyak isu mahasiswa yang tidak dapat diselesaikan..tetapi sejujurnya saya berpuas hati dengan kepimpinan beliau..beliau cuba menyelesaikan sebanyak mungkin isu2 mahasiswa, x dapat guna plan A, beliau akan guna plan B dan begitulah seterusnya...sehingga beliau cuba bertemu dengan pemimpin2 atasan spt PM Malaysia, MB Pahang dsb walaupun menemui kegagalan...
kesimpulannya, usah cuba menyalak andai kita x tahu hakikat yang sebenarnya..usah memburuk2kan org andai kita x tahu kebenarannya..cermin diri, koreksi diri, fikirkan adakah kita ini membantu universiti mencapai objektifnya dgn usaha2 yg bermanfaat atau kita sebagai penghancur masa depan universiti di masa hadapan...
universiti medan ilmu, medan melahirkan graduan berintegriti, bukan melahirkan perosak negara di masa depan..
fikir sebelum bertindak....wallahualam...
Sokong bro qusyairihashim.!
@Anon 1.32 AM
Mengapa gagal? Benarkah benar-benar berusaha? Bagaimana saya yang hanya pelajar biasa begitu mudah untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negeri dan negara; sedangkan saya ini tiada kapasiti besar sebagai pemimpin mahasiswa melainkan hanya sebagai pemimpin kelab berteraskan teknologi dan kejuruteraan yang begitu kecil sahaja di UMP, malah tak dikenali di kalangan mahasiswa Malaysia?
Tiada alasan yang sesuai untuk dilontarkan oleh saudara Fazli memandangkan kapasiti pengaruhnya besar, iaitu YDP MPP. Banyak saluran dan cara boleh dia usahakan dengan mudah.
Tak perlulah menegakkan benang yang basah dan menutup busuk telur tembelang yang dah pecah.
Salam,
saya melihat penulisan ini lebih kepada menyerang peribadi seseorang. Pemimpin yang baik lebih mengutamakan kebajikan pelajar, bukan sibuk membuka aib orang lain untuk membina sokongan.Dalam hal ini saya tidak menyokong mana2 pihak memandangkan saya tidak mengenali mana2 pihak. Yang saya hargai ialah buah fikiran yang bernas.
saya respek saudara qusyairi.. pandangan yang diberikan mmg sgt bernas..
kdgkala kita sbg student perlu "melihat dunia luar" for example hiburan utk menghilangkan tekanan belajar..
keep it up bro..
mantop~
[url=http://discounts24.co.uk/]fake watches[/url]
best swiss made replica watches
panerai replica forum
loui vuitton outlet locations
rado watches deals
best replica handbags
http://abcwatches.co.uk/
Post a Comment