Position Statement : Tulisan ini tidak memberatkan mana-mana pihak, ditulis tanpa sebarang kajian yang mendalam dan ditulis dalam bentuk penulisan yang sangat tidak matang, khas untuk tujuan pembacaan ringan bagi kanak-kanak bawah usia 20 tahun.
Seperti mana kenyataan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, baru-baru ini, Pilihanraya Umum (didalam penulisan ini akan dirujuk sebagai PRU) is just around the corner. Jadi, ayuh, kita melihat sedikit-sebanyak elemen-elemen menarik untuk PRU kali ini berdasarkan fakta dan penaakulan mantik seorang Qusyairi Hashim.
Pemain
Pemain utama yang akan menentukan arah tuju pilihanraya bagi saya adalah Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, Isteri Perdana Menteri serta kawan kepada Ketua Pembangkang. Mereka yang masing-masing mempunyai penyokong sendiri sudah pasti akan menjadi pencorak utama bagi pilihanraya pada kali ini.
Selain daripada pemain utama, sudah pasti, beberapa pelakon pembantu akan terlibat untuk menceriakan lagi suasana pilihanraya ini supaya menjadi lebih "hidup", antaranya adalah
Kemenangan
Untuk kerusi di Persekutuan, bagi saya, kemenangan bukan akan ditentukan oleh siapa lebih baik, sebaiknya, kemenangan akan memihak kepada "siapa kurang teruk". Bagi saya, hal ini berlaku memperlihatkan kepada keadaan kini yang mana, bagi seorang rakyat, ahli parlimen kita kurang bekerja tetapi lebih berpolitik.Maka, pemilihan akan dilakukan kepada mereka yang bekerja dan kurang politiknya. Contoh, antara ahli Parlimen yang saya lihat lebih mementingkan kerja berbanding "berpolitik" adalah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah serta ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.
Baiklah, pada pengamatan peribadi saya, kemenangan pada pilihanraya pada kali ini akan masih dikekalkan oleh Barisan Nasional dan kemungkinan untuk Barisan Nasional mendapatkan semula majoriti 2/3 dewan pada pilihanraya pada kali ini cerah diatas beberapa sebab.
Pertama, setelah mendapat kemenangan durian runtuh pada pilihanraya 2008, kebanyakan ahli parlimen Pakatan dilihat masih lagi dalam proses untuk membiasakan diri di kerusi mereka. Disebabkan Pakatan merupakan sebuah parti yang bangkit secara khas untuk menentang Barisan Nasional bermula dari detik Reformasi yang telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lebih menumpukan kepada keadilan dari apa yang mereka katakan kezaliman kerajaan kini. Hal ini menyebabkan, isu yang diperjuangkan berbentuk politikal berbanding rasional. Setiap tindakan kerajaan ditentang dan ini telah sedikit sebanyak membuat kematangan Parti baru ini dipersoal.
Dan, seandainya rakyat lebih menilai kepada kepentingan negara berbanding individualistik, maka, pemilihan semula ahli parlimen dari pakatan akan dilihat sebagai memilih seorang pejuang yang hanya akan mempertahankan batalion perang mereka, tanpa benar-benar melindungi rakyat dengan mengorbankan batalion perangnya. Ini termasuklah bagaimana isu peribadi sesetengah pemimpin parti diangkat menjadi isu yang berkaitan dengan parti, termasuk kes tuduhan liwat yang dikenakan kepada Ketua Pembangkang satu masa dahulu.
Kedua, isu BERSIH. Namun, apa yang berlaku pada Bersih bagi saya, bukan akan memihak kepada Pakatan Rakyat sebaliknya akan memihak kepada Barisan Nasional. Kerana, pertama sekali, Bersih menuntut pilihanraya yang lebih adil yang mana, secara implisitnya, menyatakan bahawa pilihanraya di Malaysia adalah satu bentuk pemilihan yang tidak adil. Namun, seandainya difikirkan semula, seandainya benar pilihanraya di Malaysia tidak adil, maka, mustahil untuk Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat dan juga menawan lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Jujur saya kira, isu Bersih boleh dikira sebagai satu tindakan yang memakan diri sendiri. Ditambah pula dengan kecelaruan isu itu sendiri, kerana, penganjur Bersih mendakwa mereka merupakan pertubuhan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti, namun, tetap, disetiap penganjurannya, dilihat hampir kesemua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah terlibat. Seandainya ia tidak mewakili mana-mana parti, saya kira kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat tidaklah sebesar itu.
Ketiga, saya melihat bahawa keadaan Pakatan pada masa ini kelihatan sedikit tidak teratur dan berpecah belah. Ya, tidak dinafikan, pada peringkat akar umbi, jarang kita mendengar cerita ahli-ahli biasa Pakatan Rakyat keluar beramai-ramai dan menyertai Barisan Nasional sebagaimana ahli Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat. Namun, masalah perpecahan ini datang daripada atasan, dari kes Dr. Hasan Ali, kisah lama Datuk Zaid Ibrahim hinggalah ke percanggahan pendirian antara pendapat peribadi Dr. Che Rosli Che Mat dengan pucuk pimpinan parti dalam isu Lynas.
Untuk peringkat negeri, saya tidak akan mengulas panjang, cuma dari hemat saya, keputusannya akan jadi begini, kesemua negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional akan kekal dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Dan hati saya menyatakan bahawa kesemua negeri dibawah Pakatan Rakyat akan bertukar tangan (termasuk Kelantan), namun , pengecualian kepada Pulau Pinang. Mengikut pemerhatian peribadi saya, Pulau Pinang akan kekal dibawah Pakatan Rakyat dan mungkin juga dengan majoriti yang lebih besar dari pilihanraya yang lalu
No comments:
Post a Comment