Reaksi
Internet
Memang banyak yang condemn, sampai tubuhkan group kat facebook, Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR)
Selain group, "laman web rasmi" juga telah ditubuhkan oleh kumpulan ni.
Dan, dalam usaha saya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sekolah ini, selain daripada laporan akhbar, semua posting lain yang saya jumpa berunsur negatif dan tidak menyokong penubuhan sekolah harapan ni.
Dan ada juga yang menggunakan gambar ini dan dikatakan sebagai class photo bagi sekolah harapan ni.
Analisa
Sebelum saya mulakan analisa, ingin saya ingatkan bahawa saya tidak menyokong perilaku seks bebas dan saya juga bukan golongan-golongan yang menyokong kepada idea sirkularisme.
Pertama, saya nak sentuh, atas dasar apa kita nak condemn, boikot penubuhan sekolah ni? Jangan kita terlalu fobia dengan sesuatu perkara sampai ketahap perkara tu dah berlaku dalam masyarakat pun kita tak dapat terima kenyataan.
Apa maksud tak dapat terima kenyataan? Contoh, masalah zina ada, remaja mengandung dah lama berlaku, tapi kita masih tak terima kenyataan tu. Dan bila sekolah ni ditubuhkan, kita tuduh sekolah ni akan memangkin dan menggalakkan lagi remaja menjadi galak.
Kita perlu faham, ada atau tidak sekolah ni, masalah tetap berlaku. Cuma pembinaan sekolah ni adalah untuk menyelamatkan remaja dan anak mereka daripada berlaku perkara yang lebih teruk seperti pembuangan bayi dan sebagainya. At least, sekolah ni akan jadi tempat untuk selamatkan anak-anak remaja ni. Kenapa perlu kita bantah sesuatu yang baik.
Dan kalau ada yang masih tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan, mudah sahaja saya tunjukkan dalam bentuk analogi ringkas
Pertama, jom kita tengok persamaan dan perbezaan antara sekolah ni dengan pusat serenti
Hampir sama penyesuaian masalah dan penyelesaian kan? Kalau kita katakan bahawa Sekolah Harapan akan menggalakkan lagi seks luar nikah dan patut ditutup. Kenapa kita tidak pernah katakan bahawa pusat serenti akan menigkatkan lagi masalah penagihan dadah dan patut ditutup?
Saya kira, sekarang anda dapat lihat, kenapa saya katakan sekolah harapan patut diteruskan. Kita tidak boleh berada dalam keadaan penafian selama-lamanya. Kita perlu terima bahawa masalah sudah berlaku, dan penyelesaian perlu kita cari.
Kalauah setiap penyelesaian kita tolak, adakah kita sanggup nak biarkan berita bayi dibuang menjadi hiasan muka depan akhbar kita setiap hari?
Lupa nak bagitau, kalau ada yang nak daftar, boleh call nombor ni, 019-6671564
6 comments:
setuju2..
yes, setuju. org kite mmg suka condem benda2 camni. padahal yg ramai buat org kita jugak. ish2. lagipun kat sana dorang2 ni dapat muhasabah diri, sekolah ni mcm sek tunas bakti la. sekolah akhlak. bagus! akhirnya dorg dapat continue study jugak dari dibuang msyrakat. kita xberhak nak judge dorg. semuanya di tgn allah.
bro, aku mmg setuju sgt dgn program2 mcm ni... pasal mereka yg condemn tu (bg pendapat akulah) bukanlah org yg menyokong kerajaan sebenarnya.mind you, i am not in any political party. but with today's politic's scenario...ko paham2 jelah~
apa2 je yg kerajaan buat, ada2 jelah nak cari masalah yang tersembunyi. kebaikan mmg payah org nak nampak. pendek kata, aku menyeru pihak kerajaan agar meneruskan pembinaan sekolah ni kerana mereka yg buat anak tu selalunya adalah orang2 yg hilang arah tuju...
i beg to differ..tak setuju sekolah ni. umpama memberi air kepada perompak yang tengah kehausan di padang pasir.selepas mendapat air, merompak sekali lagi. sama macam mengajar pencuri mencuri. -pendapat peribadi- jangan marah.
sy xstuju beb..sbb... Boleh memberi ramai pelajar yg akan fikir..." kalau ak dapat anak luar nikah???? mesti mereka akn fikir destinasi mrk adalh sekolah harpn.. memng xdinafikan dpt mylmtkn bayi2 daripd dianiaya dan dibunuh seperti binatng sebb orng yg mengandungkn mreka scr haram dan bnuh anak itu memng berglr binatng pom, bahkn lbh darpd e2.. sy tringt pepatah arab: Mencegah lebih baik drpd merwat.. so, apa yg kita bt seprti bt bgnan besr2, bagi mknan, dan dorongan kpd merka adlh sift yg mulia.. tetpi ini semua merawat syeikh.. maaflah kalau tkasar tp bkn tmngandung 2.. jd lebih baik kita mencegah.. bagaimana nk cegahnya.. laksanakan HUDUD dimalaysia dulu bru lah semua hukum terpakai.. wallahu A'lam..
After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your qusyairih.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...
Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...
= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com
In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.
Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!
And all it took was 10 minutes to set up and run.
But how does it work??
You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!
Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.
= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com
Post a Comment