Selamat Ulang Tahun Sayang



Mungkin hari ini, awak menghitung hari untuk menamatkan persekolahan, namun pada satu hari nanti, awak akan menitiskan air mata, sekadar berfikir mengenai zaman persekolahan awak - Tuan Haji Roslam Yusof


12 Mac 2011, hari ini genap 12 tahun, Maktab Rendah Sains MARA Langkawi telah ditubuhkan. Dan pada ketika ini jugalah, demi mengenangkan Maktab yang tercinta, segerombolan pelajar-pelajar MRSM Langkawi, telah menukarkan profile picture facebook mereka dengan logo batch ( logo Maktab tak digunakan sebab sama untuk semua MRSM, kurang nampak eksotk)

Snapshot members list di group Facebook Infineight

Dan, waktu aku sedang ghairah google pasal maktab kat internet, sebab nak cari gambar untuk letak dalam posting ni, terjumpa, sebuah blog yang mengisahkan tentang kedudukan sekolah semalaysia pada 2007.

Dan, bila baca komen-komen kat dalam tu, rupanya, ramai yang tak dapat percaya mengenai ranking MRSM  Langkawi pada ketika itu, Dan ada jugak yang komen, MRSM langkawi bukanlah mempunyai 300++ pelajar sebab memang mustahil untuk batch seramai ini berjaya mendapatkan kedudukan yang baik dalam peperiksaan.

Komen yang berjaya dirakamkan
Cuba kita nilai semula, kejayaan yang dikecapi oleh kita hinggakan ada yang menyatakan ianya impossible, dengan jumlah pelajar yang ramai. And for me, being able to achieve the impossible is the highest achievement one can ever achieve. Dan sudah pastinya, penghargaan setinggi-tingginya kita berikan kepada guru-guru kita yang tersayang.

Dan untuk pengetahuan semua (terutamanya yang berasal dari MRSM Langkawi), MRSM Langkawi telah berjaya menduduki tempat kedua pada SPM 2006 dan juga tempat pertama (semalaysia) pada SPM 2007 dan 2008. Dan sejak 2002, MRSM Langkawi tidak pernah merudum dari kedudukan empat sekolah terbaik di Malaysia. Namun begitu, malang pada tahun 2009, ranking kita telah merudum ke kedudukan kelapan bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, demi menaikkan semula nama Maktab yang kita cintai ini, saya menyeru kepada para senior untuk kembali ke bumi Mahsuri untuk menyalurkan sepenuh tenaga untuk memastikan, kegemilangan MRSM Langkawi akan dapat diteruskan.

Oleh yang demikian, bagi yang berminat untuk menyalurkan budi ke bumi langkawi pada jangka cuti semester yang akan datang (Mei-September, dalam lingkungan tarikh ini), dapat memberika unfo anda kepada saya kerana saya akan berhubung dengan pihak Maktab untuk program kepada para pelajar disana kelak, dan bagi alumni yang berada di Malaysia, disebabkan cuti semester yang agak panjang pada semester ini, saya juga mungkin akan berbincang dengan pihak sekolah agar anda di-posting-kan ke Langkawi untuk satu jangka masa untuk berkhidmat di sana kelak.