IMBASAN 2011



Nota awal : Imbasan ini akan merangkumi imbasan tahunan dalam kehidupan peribadi saya dan juga di dalam kehidupan peribadi orang lain. Segala apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian peribadi. Segala kesilapan fakta adalah tidak disengajakan


Seperti kelaziman pada tahun-tahun sebelum ini, saya akan memaparkan rangkuman kisah hidup saya untuk sepanjang tahun pada setiap penghujung tahun dan akan dipublishkan pada awal tahun, tahun baru itu. *Penggunaan perkataan tahun yang banyak adalah disengajakan*


Pertama, kisah jalan-jalan


Pada awal tahun 2011, ianya telah menjadi kali pertama untuk saya ke luar negara dengan menaiki kenderaan beroda, (Singapore sajorh). Perancangan dilakukan dalam bentuk yang agak tergesa-gesa kerana saya dan sahabat acapkali sedar bahawa rancang lama-lama pun tak jadi. Ini merupakan perancangan paling last minute yang pernah saya lakukan. Ceritannya begini, ketika berjalan-jalan di Bandar Kuantan di sebuah weekend yang tenang, saya dan sahabat baik saya, Helmi, merasa kebosanan, lantas, saya telah mengeluarkan statement, "Singapore, jom minggu depan",lantas, Saudara Helmi yang masih belum berpasport membuat pasport beliau keesokan harinya, dan terus kami ke sana pada minggu berikutnya.

Antara lain yang telah saya lakukan pada tahun 2011 adalah memenuhkan nafsu saya untuk mengembara di negara sendiri. Yang mana, melalui program Kami Prihatin, Kami Memimpin, saya telah berjaya untuk menjelajahi, Kuantan, Kuala Lumpur, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan juga Negeri Sembilan. Kembara ke Johor terpaksa dibatalkan atas situasi banjir.


Dan seperti biasa, kembara Debat saya pada tahun ini telah membawa saya ke, Universiti Utara Malaysia, Universiti Puta Malaysia, Universiti Teknikal Melaka Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Malaysia Terengganu dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kedua, kisah Debat.

Tahun ini dianggap sebagai satu tahun yang agak menyeronokkan dalam dunia perdebatan saya. Dimulakan dengan Pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin, yang mana kami telah berjaya merangkul tempat kedua dan merupakan pencapaian terbaik Universiti Malaysia Pahang sepanjang mana menyertai pertandingan tersebut.
Pasukan bagi Debat PDSZA dan Debat Alam Sekitar 2011
Pada Debat Alam Sekitar dan PDSZA, merupakan antara debat terakhir saya digandingkan dengan senior tercinta, Saudara Jumain Mapplati selepas Debat Diraja 2010 yang mana merupakan kali pertama kami digandingkan bersama. Beliau baik orangnya, dan pemergian beliau dari dunia debat UMP untuk mencari rezeki yang halal sentiasa diratapi kami.

Setelah itu, saya mencuba nasib, di Pertandingan Pidato Piala Naib Canselor UCS. Kerana sedikit flop, saya merasakan itu antara persembahan saya yang sedikit sebanyak mengecewakan saya. Dalam pertandingan ini, saya merangkul tempat ketiga.

Dan, antara yang menyumbangkan kegembiraan pada tahun ini adalah setelah pasukan UMP dinobatkan sebagai Johan Debat Gender yang pertama. Setelah tiga tahun bergiat aktif dalam dunia perdebatan, ini merupakan sebuah pencapaian yang berjaya merangsang nafsu untuk terus berdebat
Namun, didalam keseronokan, tercatat juga beberapa kesedihan yang berlaku pada tahun ini. Antaranya, adalah pemergian salah seorang alumni ke Tanah Besar Arab Saudi untuk mencari rezeki yang halal. Abang Wan Mohd Hidayat, atau lebih dikenali dengan panggilan Abah oleh pendebat-pendebat muda telah bertolak ke Arab Saudi beberapa minggu yang lalu.

Abang Dayat (berjaket hitam), bersebelahan beliau merupakan Abang Zaimi
Ketiga, dunia politik

Seperti yang anda tahu, saya merupakan seorang pelajar yang agak aktif berpolitik. Dalam bidang politik, ia telah menyaksikan saya meninggalkan jawatan sebagai Presiden Fakulti Sains dan Teknologi Industri dan menyerahkan jawatan ini kepada Saudara Fairul Haizad

Majlis Penyerahan Kuasa Kepada Saudara Fairul Haizad
Sepanjang memegang jawatan sebagai Presiden, telah banyak pengalaman yang berjaya saya dapatkan dalam  menjadikan diri ini pemimpin yang lebih baik (cliche kan ayat ni?). Namun, pengalaman yang agak melucukan yang saya terima adalah apabila saya telah dikecam hebat oleh salah seorang anak buah didalam persatuan saya yang telah bertanding untuk jawatan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Kenapa saya katakan lucu? sebab, didalam kecam beliau, saya dilabel seakan-akan Hosni Mubarak, dan secara jujur, saya tahu, saya digelar sebagai Hosni Mubarak oleh golongan-golongan tertentu. Ayat yang dikeluarkan oleh beliau didalam manifesto lebih kurang macam ni;

Saya dahulu pernah berada di bawah kepimpinan fakulti, namun, disebabkan pemerintahan kuku besi dan pengawalan, saya tidak dapat melakukan tugas dengan baik.

Lucu bukan?

Antara penglibatan lain dalam dunia politik adalah saya dan beberapa sahabat bekas kepimpinan pelajar telah sama-sama memberikan sokongan kepada calon bagi Pilihanraya Kampus. Sokongan diberikan dari sudut publisiti, penyusunan strategi dan juga perancangan manifesto dan pelaksaan. Alhamdulillah, dari 10 orang calon yang dibimbing, enam daripada calon kami berjaya menduduki kerusi didalam kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Keempat, aspek mencari rezeki yang halal.

Pada March 2011, saya telah pun diterima untuk bekerja di Pejabat Antarabangsa, Universiti Malaysia Pahang. Bertugas di Pejabat Antarabangsa telah banyak memberikan pengalaman kepada saya dalam pelbagai lapangan.

Junior Officer dari Pejabat Antarabangsa, dari kiri, Iqram Zulkifli, Azura Karjanto dan saya
Bekerja bersama Pejabat Antarabangsa juga telah membawa saya mengenali ramai pihak. Antaranya adalah, Timbalan Pengarah Suruhanjaya UNESCO Asia Bangkok, Tan Sri Muhyiddin Yassin,ketika sambutan Hari UNESCO Kebangsaan, Dato' Saifuddin Abdullah, Prof. Dr. James Collins, pakar Bahasa Melayu University of Northern Illinois dan ramai lagi figura-figura lain.


Selain itu, dalam aspek mencari rezeki yang halal, saya juga telah menubuhkan sebuah syarikat konsultasi, Inceptio Management. Buat yang mengenali saya, sudah pasti tahu bahawa saya telah terlibat dalam bidang penceramahan ini sejak 2007. Dan, pada tahun ini, saya telah merealisasikan impian untuk menubuhakan syarikat konsultasi sendiri. (Bagi yang berminat, sila dapatkan maklumat lanjut di SINI)

Kelima, aspek apa sahaja yang saya suka.

Tahun ini juga telah menyaksikan pemergian Mentor saya, Dr. Wan Norlidah al-Qadri setelah kontrak beliau bersama Universiti Malaysia Pahang tamat, beliau merupakan bekas pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri dan juga Pengarah Pejabat Antarabangsa, saya telah mengenai Dr. Norlidah sejak 2009 dan beliau telah banyak membimbing saya dalam pelbagai bidang dari bidang akademik sehinggalah ke bidang pengurusan.

Dr. Norlidah ketika makan malam perpisahan di Kuantan.

Dan, atas sebab yang tidak diketahui, saya sangat berminat untuk memberitahu anda bahawa, pada tahun ini juga, saya telah berjaya memasak burger sebegini rupa.

Antara perkara lain yang berlaku pada tahun ini juga merupakan majlis Konvokesyen sahabat baik saya merangkap childhood friend sejak usia empat tahun, Saudara Aqryil Faeez. Namun, malang sekali saya tidak dapat hadir pada majlis konvokesyen beliau atas kekangan-kekangan tertentu



Dari sudut dunia siber pula, pada tahun ini, saya telah berjaya mendapatkan bilangan pengunjung blog yang paling tinggi pernah saya dapatkan melalui posting mengenai tragedi penurunan bendera Datuk Seri Najib.

dan, selain itu juga, antara pencapaian lain adalah apabila tweet saya di-retweet oleh artis.


Dan tahun ini juga menyaksikan saya berjaya untuk mendapatkan banyak tiket murah daripada AirAsia.
Destinasi dan dengan siapa saya akan pergi terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab untuk mengelakkan fitnah.
Antara lain yang saya lakukan pada tahun ini adalah program Sireh Pulang Ke Gagang. Setelah hampir empat tahun meninggalkan MRSM Langkawi, kami kembali untuk berprogram dengan junior-junior tercinta.

(dari kiri) Saya, Amin Rukaini, Haidar Ahmad, Aiman Azlan, Syamil Elliaziz dan Shahkang di Program Sireh Pulang ke Gagang

Saya rasa, setakat itu sahajalah penceritaan untuk rangkuman tahun 2011 saya. Sekian. Saya sayang anda semua.

















2 comments:

Unknown said...

Hi Qusyairi. Dr N here. What is your email?

Unknown said...

Promoting Kokolove Instant Cocoa Drink with Dates & Raisins. Factory established and owned by Young Entrepreneurs from Pahang.

TRY KOKOLOVE.

Thank you for supporting new entrepreneurs.